in , ,

“Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung,” – Isteri Mula Pecah Rahsia Sebenar Alya Iman

ISTERI kepada seorang ahli perniagaan dikenali Penny Salman yang mendedahkan hubungan sulit suaminya dengan pelakon baharu, Alya Iman, 19, hanya diketahuinya pada Jun lalu selepas setahun pasangan itu bercinta.

Penny berkata, dia meminta Alya supaya bersikap jujur dan menyemak semula kenyataan yang ingin diberikan.

“Semak semula fakta sebelum memberikan apa-apa kenyataan Alya.

“Dia tahu segala apa yang berlaku. Saya mengetahui mengenainya pada Jun lalu selepas setahun dia bersama suami saya. Sekarang ini, dia cuba bermain sentimen dianiaya,” katanya di Instagram Story.

"Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung," - Isteri Mula Pecah Rahsia Sebenar Alya Iman
PAPARAN InstaStory Penny.

Menurut Penny, kenyataan Alya seolah menjerat dirinya sendiri apabila cuba mengelirukan pelbagai pihak.

“Mana nak lari adik sayang? Terjerat diri sendiri.

“Dia menghantar mesej peribadi pada 14 Februari dan bertunang pada 27 Februari lalu.

“Dah putus tunang bulan Mac. Hari raya kedua, bersama suami saya lagi. Ya, sebelah dia adalah suami saya. Sila semak kenyataan anda,” katanya.

"Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung," - Isteri Mula Pecah Rahsia Sebenar Alya Iman

Terdahulu Alya tampil membela dirinya selepas didakwa menjalin hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.

Menurut Alya, dia sudah memutuskan pertunangan pada Mac lalu selepas hubungan mereka tidak diketahui dan dipersetujui isteri ahli perniagaan itu.

Hubungan sulit pasangan itu didedahkan isteri ahli perniagaan itu di media sosial hingga menjadi tular.

"Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung," - Isteri Mula Pecah Rahsia Sebenar Alya Iman

Buka Tudung, masuk kelab malam

Isteri kepada bekas teman lelaki pelakon Alya Iman iaitu Penny Salman mendakwa dia tidak menyedari kecurangan yang dilakukan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Ketika dihubungi Gempak, Penny mendakwa, dia dan suami hidup bahagia tanpa bergaduh selama sembilan tahun bersama dua orang cahaya mata.

“Alhamdulillah, saya dapat tahu tentang ini daripada kawan saya. Saya ingatkan saya wanita paling bahagia tapi kebahagiaan itu tercalar selepas Alya muncul.

“Sepanjang sembilan tahun perkahwinan, kami tak pernah gaduh dan suami saya tak pernah curang. Allah itu tak akan jadikan sesuatu tanpa sebab dan hikmah.

“Allah juga yang gerakkan hati saya untuk bagitahu hal sebenar supaya saya jadi lebih semangat dan kuat di masa depan,” dakwanya.

"Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung," - Isteri Mula Pecah Rahsia Sebenar Alya Iman

Dakwa Penny lagi, hari pertama berjumpa dengan suaminya, Alya masih ada hubungan dengan seorang pelakon dan tinggal serumah.

Sejurus keluar dari rumah tersebut, Penny mendakwa Alya menyuruh suaminya menyewa sebuah apartment dan membeli barangan mewah malah mereka sudah merancang untuk berkahwin.

“Macam mana dia boleh mampu ada semua barang mewah sedangkan dia baru berlakon? Saya ada semua gambar cuma sikit saja yang ditunjuk.

“Dia gunakan kisah sedih untuk membuatkan orang berasa simpati. Suami saya berasa kasihan, dia pulak pandai berlakon.

“Suami saya ada sewakan sebuah apartment untuk dia tinggal di Ampang sebelum ini.

“Suami saya pun dah lamar dia dengan sebentuk cincin dan merancang untuk berkahwin. Tapi dalam masa sama, dia ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

“Suami saya dah putuskan hubungan mereka pada bulan Jun lalu,” dakwa suri rumah sepenuh masa ini.

Dakwa Penny lagi, Alya sering berkunjung dan menempel di pejabat suaminya tanpa berasa malu walapun dipandang pekerja-pekerja lain.

“Alya setiap hari bertenggek dekat pejabat suami saya. Patutlah suami saya tak benarkan saya datang.

“Pernah Alya bawa kawan-kawan dia datang makan di restoran suami saya tanpa membayar. Dia masukkan dalam bil bawah akaun suami saya.

“Tak cukup dengan itu, Alya pernah juga pergi kelab malam siap buka tudunglah,” dakwanya lagi.

Dalam pada itu, dakwa Penny lagi, dia tidak berniat untuk membuka aib Alya ataupun ingin menutup periuk nasi.

“Saya cuba untuk menjadi seorang wanita yang kuat dengan tak nak buka aib dia (Alya) dan suami saya. Tapi saya tak boleh. Bila saya dah ceritakan segalanya saya berasa lega.

“Kalau dia (Alya) orang yang baik, dia akan datang minta maaf dengan saya. Saya harap orang di luar sana lebih berhati-hati dengan manusia macam ni,” dakwanya mengakhiri perbualan.

Sebelum ini, Penny mendakwa suaminya menjalin hubungan sulit dengan Alya menerusi laman sosial Instagram (IG)nya pada petang Jumaat.

Tidak berdiam diri, Alya mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak media.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Miera Leyana Sah Jadi Isteri Rosland dengan Sekali Lafaz

Betul Ke Sarah Suhairi Dah Bertunang?