Terbaru ialah mengenai status Twitter seorang pereka fesyen baru, Nurita Harith yang mendakwa pengacara program ‘MeleTop’ itu sebagai tidak profesional dan kurang ajar.
Tiba-tiba nama Nurita Harith menjadi sebutan gara-gara tweet statusnya mendakwa pelakon Neelofa kurang ajar serta tidak profesional.
Dalam statusnya berbunyi:
“Harap semalam merupakan kerjasama terakhir saya bersama budak perempuan Neelofa. Sangat kurang ajar dan tidak professional.”
Okay chop! Sebut nama Nurita ni, tiba-tiba Budiey teringat Nurita yang mati dibunuh 10 tahun lalu. Yang ni Nurita mana pulak? Ooo… pereka fesyen baru eh. Nak kenal gak la, nak promote baju busana beliau gak la.
Budiey rasa, dalam isu ni, dengar pada sebelah pihak je tak adil orang kata, nak tak nak kena tanya Neelofa, apa yang sebenarnya berlaku. Tapi kalau Neelofa tak nak komen apa-apa susah gak. Sampai bila isu ni tak dapat diselesaikan. Tinggal tanda tanya?
Kalau Neelofa tak nak komen, pasti ramai wartawan akan datang berjumpa dengan pereka fesyen Nurita Harith untuk mendapat penjelasan lanjut. Pastinya, lepas ni, nama pereka fesyen ini akan menjadi popular. Good for her!
Dengarnya, pereka baru ini bekerjasama dengan Neelofa selepas Nurita Harith menyediakan pakaian untuk Lofa yang menjadi pengacara bagi sebuah program wanita di sebuah stesen TV baru-baru ini.
Apa yang berlaku di antara Nurita dan Neelofa masih menjadi tanda tanya, apakah kejadian di sebalik kejadian ini sehinggakan designer itu sanggup meluahkan kata-kata tidak puas hati seperti itu?
Malah daripada kata-kata designer tersebut dia seperti sudah serik untuk bekerja dengan Neelofa.
Untuk mendapatkan penjelasan Neelofa berhubung isu ini, portal Murai hari ini cuba mendapatkan komen daripada pelakon kelahiran Kelantan ini. Bagaimanapun pelakon cantik itu enggan mengulas lebih lanjut berkenaan status Tiwtter yang diketengahkan Nuritha Harith.
“Maaf. Lofa tak nak komen apa-apa. Sebenarnya ramai wartawan yang telefon dan bertanyakan tentang perkara ini, tetapi Lofa memang tak bagi komen kepada siapa-siapa pun. Minta maaf ya.”
– Neelofa
Neelofa nampaknya tidak mahu memperbesar-besarkan perkara ini atas alasan tertentu.
Budiey dengar, pelakon manis ini dari Kelantan ini akan berangkat ke Dubai untuk bercuti bersama keluarganya esok.
Neelofa akan ke Dubai selepas selesai rakaman program MeleTop di Astro Ria. Selamat berlibur ya, beb!- kredit Portal Murai
Sekarang ini, jika Neelofa tak nak komen apa-apa, bagaimana pula dengan komen Nurita Harith?:
Pereka fesyen, Nurita Harith yang berjaya dihubungi oleh Portal Murai melalui kiriman SMS memberitahu, bahawa dia tidak mahu memberikan sebarang keterangan tentang isu berkenaan.
Tambah Nurita Harith lagi secara ringkas lagi, dia tidak mahu memperbesarkan isu tersebut dan mengharapkan agar pihak murai.com.my faham dengan situasinya ketika ini.
Semalam Nurita Harith telah menulis di laman Twitter peribadinya yang berbunyi:
“Hope yesterday was the job of me with this Neelofa girl. Very disrespectful and unprofessional.”
Tulisannya itu telah mendapat perhatian ramai terutama pengamal fesyen dan peminat industri hiburan tanah air apatah lagi melibatkan pelakon jelita yang sering dikaitkan dengan beberapa isu kontroversi.
Nuritah harith merupakan salah seorang pereka fesyen muda berbakat besar yang semakin meningkat naik bersama rekaannya yang sophisticated dan feminin serta permainan warna coklat keemasan.
Memegang ijazah dari Fashion Design at Surrey Institute of Art in London, dia kini memiliki butiknya sendiri di Jalan Telawi 3, Bangsar Baru dan rekaannya juga boleh diikuti di laman web www.nuritaharith.com.
Di bawah ini, gambar Neelofa menggayakan rekaan Syaiful Baharim di Anugerah Skrin tahun ini.