in , , ,

Pereka Fesyen Chanel, Karl Lagerfeld Meninggal Dunia

Dunia fesyen kehilangan seorang lagi ikon yang mencipta legasi gaya trendy yang menawan seluruh dunia sehingga menjadi ikutan dan trendsetter terutamanya untuk jenama terkenal Chanel iaitu Karl Lagerfeld.

Pereka fesyen ternama kelahiran Jerman, Karl Lagerfeld, meninggal dunia pada usia 85 tahun, lapor majalah Perancis hari ini.

Pereka fesyen kelahiran Jerman itu sinonim sebagai pengarah kreatif Chanel dan pernah menghasilkan koleksi pakaian di bawah labelnya sendiri dan jenama Fendi.

Karl

Beliau memegang jawatan pengarah artistik di jenama terkenal, Chanel.

Beliau juga dilaporkan tidak sihat sejak beberapa minggu lalu dan tidak kelihatan di beberapa pertunjukan fesyen besar di beberapa kota besar.

Punca kematian belum dapat dikenal pasti. 

Sumber yang rapat dengan Chanel mengesahkan kematian pereka fesyen itu. — Reuters

Karl Lagerfeld
Karl

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kena Serangan Jantung, AR Badul Terima Sumbangan Finas

Iklan Samsung Galaxy S10 Tertiris, Ini Ciri Terbaharu Yang Harus Anda Tahu