Namun pada malam menjelangnya hari raya Aidilfitri seluruh rakyat Malaysia menyaksikan rakaman awal alunan takbir hari raya yang diketuai Tan Sri Muhyiddin bersama menteri kabinet dan barisan pimpinan kerajaan yang lain dengan mengikut SOP penjarakan sosial.
Dalam video yang dirakam di Putrajaya itu, Tan Sri Muhyiddin berbusana baju Melayu berwarna merah jambu sedang duduk bersila bersama barisan jemaah menteri dan wakil-wakil petugas barisan hadapan
Menerusi video tersebut selain barisan menteri kabinet, alunan takbir berkenaan turut disertai wajah-wajah penting negara seperti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Video tersebut nyata membuatkan ramai penonton merasa sebak dan terharu dimana rata-rata netizen berpendapat, perayaan aidilfitri tahun ini disambut secara sederhana susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dalam menangani Covid-19. Ramai juga yang meluahkan rasa terharu melihatkan Tan Sri Muhyiddin mengetuai alunan tersebut menjadikan beliau perdana menteri pertama yang pernah mengetuai alunan takbir raya.
Video sepanjang 4 minit 52 saat itu, disiarkan menerusi laman Facebook Muhyiddin Yassin dan stesen-stesen televisyen malam ini dan ditonton serta diperkatakan ramai netizen sehingga menjadi trending di Youtube Malaysia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca Budiey Dot Com! Maaf Lahir dan Batin.