in

Perdana Menteri Alukan Kedatangan Coldplay ke Kuala Lumpur di Twitter

Demam konsert Coldplay di ibu negara, tambah hangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalukan kedatangan kumpulan rock popular Britain itu ke Malaysia.

Perdana Menteri mengucapkan selamat datang kepada Coldplay melalui ulang siar hantaran kumpulan rock terkemuka itu di Twitter, kira-kira dua jam lalu.

Sejak beberapa hari lalu, peminat berkongsi keterujaan apabila Coldplay yang dianggotai Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion, bakal mementaskan konsert dalam siri jelajah, Music of the Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada 22 November depan.

“Welcome to Kuala Lumpur (Selamat datang ke Kuala Lumpur),” tulisnya ringkas.

Ciapan Perdana Menteri disambut baik peminat yang tidak sabar menantikan konsert pertama kumpulan yang diasaskan di London, United Kingdom (UK) pada 1997 itu di Malaysia.

Sejak Coldplay mengumumkan Malaysia menjadi sebahagian daripada negara persinggahan untuk menjayakan konsert jelajah dunia, rata-rata peminat tempatan berkongsi kegembiraan dan masing-masing mahu mendapatkan tiket.

Selain Malaysia yang menjadi pilihan, Coldplay dijangka beraksi di beberapa negara lain iaitu Jepun pada 6 November dan 7 November) disusuli Taiwan (11 November); Indonesia (15 November) dan Australia (18 November).

Siri jelajah dunia Coldplay bermula sejak Mac tahun lalu. Band yang terkenal dengan rangkaian lagu popular Paradise, The Scientist, Fix You dan Yellow, My Universe, Hymn for the Weekend, Viva La Vida, banyak meraih anugerah antarabangsa.

Antara trofi diterima Favourite Touring Artist oleh Anugerah AMA pada 2022 dan Tour of the Year 2023 pada Anugerah iHeartRadio, baru-baru ini.

Coldplay meneruskan siri jelajah dunia, bulan ini di Sepanyol, UK, Itali, Denmark, Belanda dan Amerika Syarikat (AS) sehingga Oktober sebelum meneruskan siri jelajah di Asia dan Australia.

Tiket konsert Coldplay di Kuala Lumpur akan mula dijual pada 17 Mei bermula 10 pagi di www.livenation.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suami Miera Liyana Beri Nafkah Isteri Pertama RM20,000 Sebulan

12 Tahun Ada Sosial Media, Pertama Kali Watie Dedah Wajah Kekasih