Perdana Kuala Lumpur City Centre menjemput para tetamu untuk meraikan bulan Ramadan dan mengambil peluang serta masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang.
Bermula dari 23 Mac sehingga 21 April 2023, pelbagai resepi warisan dan hidangan tempatan akan diperkenalkan oleh Chef-chef terlatih yang pastinya memikat hati dengan tema – “Ramadan Dari Dapur Binjai”.
“Para tetamu juga boleh menyaksikan chef profesional memasak secara langsung di beberapa gerai masakan di “10Binjai’. Dengan pelbagai rona warna pencuci mulut yang membangkitkan rasa sehingga ke aroma sup, menu yang disediakan akan sentiasa membuatkan para tetamu teruja dengan aneka pilihan pembuka selera, hidangan menu utama dan pencuci mulut,†kata Encik Zakaria Ismail, Pengurus Besar, Perdana Kuala Lumpur City Centre.
Menurut beliau, Restoran 10Binjai yang berkonsepkan moden kontemporari itu boleh memuatkan kira-kira 250 orang dalam satu-satu masa.
Katanya, selaras dengan ketetapan kerajaan, Perdana KLCC akan memastikan bahawa buffet yang disediakan mematuhi prosedur sosial dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan dan pihak berkuasa.
“Pada tahun ini, pasukan chef kami telah menyediakan lebih daripada 100 pilihan aneka juadah, fokus utama hidangan kami semestinya Kambing Panggang yang lembut, enak dan menyelerakan. Di samping menu Kambing Panggang, live station kami juga memperlihatkan pelbagai hidangan masakan yang istimewa seperti Nasi Kandar dan juga steamboat dan tidak dilupakan hidangan pencuci mulut seperti Ais Kacang, Cendol, Apam Balik, Waffle dan pelbagai juadah enak. Di Perdana Kuala Lumpur City Centre, kebanyakan hidangan yang disediakan diilhamkan dari resipi turn temurun oleh ibunda dan nenda. Kami ingin membangkitkan nostalgia di kalangan para tetamu kami,” kata Zakaria Ismail, Pengurus Besar, Perdana Kuala Lumpur City Centre.
Untuk bulan Ramadan yang istimewa ini, Perdana Kuala Lumpur City Centre akan menyambut bulan yang suci ini di 10Binjai yang terletak di Aras 1, “10Binjai”‘ mempunyai dua ruang iaitu ruang berhawa dingin dan ruang terbuka, di mana para tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di rang pilihan makan di dalam atau di luar restoran sambil menikmati pengalaman dengan suasana yang segar dengan konsep moden kontemporari.
Restoran “10Binjai” mempunyai ruangan kapasiti bagi 250 orang dan ianya pasti merupakan lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang.
Raikan bulan Ramadan yang mulia dengan citarasa tempatan dalam suasana yang selesa dan meriah bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Pembelian awal baucer bufet Ramadan berharga RM100.00 seorang bermula sekarang sehingga 23 Mac 2023. Manakala, harga biasa ialah RM148.00 seorang.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat pembelian awal baucer Ramadan kami sebelum 23 Mac bagi mengukirkan memori indah bersama keluarga tersayang. juga telah disahkan Halal selaras dengan keperluan Syariah Islam, Perdana Kuala Lumpur City Centre yang menjadi kebimbangan utama bagi mana-mana pengunjung Muslim untuk berbuka di mana-mana
hotel mewah. Selain dari tempat berbuka puasa yang indah, surau juga turut disediakan di Aras 5 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih.
Selain itu, Masjid Asy-Syakirin KLCC juga hanya 260 meter dari Perdana Kuala Lumpur City Centre.
Untuk tempahan: –
10Binjai
Baucher pembelian awal : RM100.00 seorang
Harga Asal RM148.00 seorang
Hubungi: 03 – 7490 3838