Dalam era teknologi komunikasi yang serba canggih ini, kita lebih berminat untuk melakukan semua urusan dengan kemudahan internet. Pelbagai industri telah menerima manfaat daripada kemudahan internet terutamanya industri perdagangan elektronik (e-commerce).
Perdagangan elektronik semakin berkembang maju di negara Malaysia disebabkan oleh kelebihan yang dapat dinikmati oleh peniaga mahupun pengguna. Sektor yang paling giat dalam penggunaan kemudahan internet untuk menjalankan perdagangan elektronik adalah Uber. Apakah kelebihannya yang dapat dinikmati oleh orang ramai?
Globalisasi merupakan kelebihan pertama yang dapat menarik perhatian orang ramai. Perdagangan elektronik dapat dijalankan di mana-mana tempat sahaja tanpa sekatan asalkan memiliki sebuah alat elektronik yang dapat mengakses internet. Sebagai contoh, pemandu Uber dapat mengakses internet dengan segera apabila terdapat pesanan daripada pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan Uber walaupun di pejabat atau di rumah. Dengan cara ini, pemandu dan pelanggan dapat berhubung sesama lain tanpa sekatan tempat.
Selain itu, pengemaskinian maklumat dengan segera juga salah satu kelebihan perdagangan elektronik. Masa kini, orang ramai suka menikmati kehidupan yang selesa tanpa keluar dari rumah. Maka, bagaimana mereka dapat tahu perkara terkini? Perdagangan elektronik dapat mengemaskini maklumat dengan cepat melalui internet. Semua berita terkini yang dipapar oleh peniaga hanya di hujung jari pelanggan. Contohnya, aduan dan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan pemandu Uber dapat diketahui dengan jelas di laman sesawang Uber. Maklumat ini adalah penting untuk pelanggan dalam membuat pilihan supaya terlindung daripada penindasan peniaga.
Masa itu emas, perdagangan elektronik di Malaysia semakin berkembang pesat dengan penggunaan internet yang efektif dan efisien. Orang Malaysia amat mementingkan masa supaya dapat hasil yang maksimum dalam masa yang singkat dengan cara yang paling berkesan termasuk golongan berkolar putih, suri rumah tangga, pelajar dan lain-lain. Dengan adanya kemudahan Uber, orang ramai dapat menjimatkan masa. Pemandu Uber dapat menentukan jadual sendiri, pusingan yang ingin pandu dan ikut panduan aplikasi yang tepat supaya dapat menjimatkan masa. Pelanggan boleh membuat permintaan dengan tekan setiap pilihan perjalanan untuk melihat masa tunggu, saiz, dan harga dan masa pemandu akan tiba.
Bukan itu sahaja, kelebihan perdagangan elektronik adalah perbandingan harga yang dapat dilakukan oleh pengguna. Harga merupakan unsur yang akan mempengaruhi permintaan dan bekalan sesuatu barang atau perkhidmatan. Dengan adanya harga yang dinyatakan di atas laman sesawang, pengguna akan dapat jimat perbelanjaan pengangkutan untuk sampai suatu destinasi demi mengetahui harga barang walaupun tidak membelinya.
Oleh itu, pelanggan Uber dapat jimatkan kos dengan perbandingan harga terlebih dahulu supaya dapat harga minimum bagi kualiti perkhidmatan yang sama. Kos rendah diperlukan untuk memulakan perdagangan elektronik. Uber merupakan perdagangan elektronik yang dapat menjimatkan kos bagi pemandu kerana dapat menjana untung bagi menampung perbelanjaan harian seperti minyak dan makanan.
Pengurangan infrastruktur untuk memulakan perniagaan adalah kelebihan perdagangan elektronik. Perdagangan elektronik boleh terus dijalankan tanpa bangunan ataupun infrastruktur yang banyak. Uber merupakan perniagaan yang paling efektif, efisien dan bijaksana kerana infrastruktur yang diperlukan hanya sebuah kereta. Pemandu akan sediakan kereta yang untuk membawa pelanggan. Rancangan kongsi kereta dengan pengurangan kereta ini akan mengurangkan pencemaran udara secara tidak langsung.
Kesimpulannya, perdagangan elektronik di Malaysia telah banyak memberi manfaat kepada orang ramai dan mempunyai masa depan yang cerah.