Percutian Cerah Sempurna Safi Balqis Perfect 10 bersama Shila Amzah dan pemenang Safi Kliq
Mempersona dan Menggamit rasa
Lembaran Kalendar tahun 2011 diakhiri dengan satu sesi percutian yang hebat bersama jenama produk penjagaan kulit wajah halal no1 tempatan SAFI. Seramai 16 orang gadis yang merupakan pemenang bertuah pertandingan SAFI KLIQ diraikan dengan percutian esklusif Cerah Sempurna di Gold Coasst, Sepang selama dua hari satu malam bersama duta produk SAFI BALQIS PERFECT 10 penyanyi berbakat besar Shila Amzah.
Peraduan yang dianjurkan sepanjang Oktober – November lalu ini mencabar kreativiti para gadis diluar sana untuk memuat naik gambar paling kreatif mereka bersama teman serta nama kumpulan yang kreatif untuk memenangi bukan sahaja tiket percutian esklusif cerah sempurna ke Gold Coast, Sepang malahan hadiah utama iaitu Ipad serta Ipod bagi pemenang hadiah saguhati.
Penganjur telah pun memilih 4 Kliq – bersamaan 16 orang pengguna bertuah SAFI BALQIS PERFECT 10. Pemenang utama Peraduan SAFI KLIQ iaitu Satu Kliq (setiap Kliq mempunyai empat orang ahli) telah pun memenangi tiket ke percutian di Gold Coast Sepang dan Ipad untuk setiap ahli kumpulan. Manakala 3 Kliq lain yang memenangi hadiah saguhati pula turut menyertai pemenang utama ke Gold Coast Sepang serta memenangi Ipod untuk setiap ahli kumpulannya.
“Percutian ini dianjurkan sebagai satu cara untuk menghargai kepercayaan dan kesetiaan para pengguna produk Safi Balqis Perfect 10. Safi Balqis juga ingin tampil sebagai bukan sahaja sebuah jenama produk penjagaan kulit, malah seorang teman yang menjadi pemangkin keyakinan setiap gadis diluar sana dengan kulit cerah sempurna tanpa cela,” jelas Mahsuri Sulaiman, Pengurus Kumpulan Produk Safi.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah dianjurkan khusus untuk para gadis SAFI KLIQ ini. Bengkel kecantikan Cerah Sempurna yang dianjurkan pada hari pertama mendidik para peserta teknik teknik membersih wajah yang betul bagi memastikan kotoran dibersihkan sepenuhnya serta mengetahui cara terbaik untuk memastikan kulit bukan sahaja bersih malahan mendapat manfaat produk kecantikan dengan teknik penggunaan yang betul menggunakan produk SAFI BALQIS PERFECT 10.
“Malam Balqis” disemarakan dengan busana menarik para peserta dalam rona biru muda dan putih. Menariknya pada malam tersebut duta SAFI BALQIS PERFECT 10 penyanyi berbakat besar Shila Amzah turut memeriahkan majlis dengan menghiburkan para perserta dengan lagu lagu hit beliau dan terkini. Para peserta turut menunjukkan bakat mereka dengan menyertai pertandingan “Balqis Idol†diadili oleh para juri yang dianggotai wakil dari Safi serta Shila Amzah sendiri.
“Sebagai duta SAFI BALQIS PERFECT 10, Shila Amzah begitu teruja sekali untuk menyertai percutian cerah sempurna ini. Ini adalah cara terbaik untuk meraikan para pengguna, serta untuk Shila lebih dekat lagi dengan mereka yang seusia Shila yang masing-masing mempunyai inspirasi dan aspirasi tersendiri. Jenama SAFI BALQIS PERFECT 10 bukan sahaja memberikan wajah cerah dan sempurna malahan memberikan keyakinan juga†jelas Shila Amzah, duta SAFI BALQIS PERFECT 10.
Para peserta pulang bukan sahaja dengan pengalaman yang indah, malah mendapat pengetahuan bermanfaat tentang penjagaan kulit serta bakal melangkah yakin untuk tahun 2012.
TAHNIAH kepada semua pemenang!
Senarai Pemenang peraduan SAFI Kliq
1. (Kliq 2intim8) – Pemenang
a) Fauzana Ismail
b) Siti Rodhiah Abdul Aziz
c) Faizatul Falysa Anuar
d) Nurafliana Zulkafli
2. (Kliq S4Safi) – Saguhati
a) Nurhafizah Azham
b) Eliza Dianna Zahadi
c) Norliyana Kamarudin
d) Ashida Othman
3. (Kliq Quartet) – Saguhati
a) Saleemah Jamil
b) Fatin Athira Mohd Ibrahim
c) Nur Qistina Raman
d) Wan Nor Aqilah Meor Abdul Wahab
4. Kliq 4GP) – Saguhati
a) Ku Ainin Farahan Ku Ishak
b) Yusazlinda Mat Yusof
c) Ku Nur Athirah Ku Azman Shah
d) Najla Liyana Ismail
SAFI
Jenama SAFI di lancarkan pada tahun 1985 dengan rangkaian minyak wangi, talkum dan deodoran. Kemudian rangkaian produk SAFI diperkembangkan dengan kehadiran produk penjagaan kulit muka. Pada tahun 1999, jualan rangkaian produk SAFI melonjak apabila ia muncul dengan reka bentuk bungkusan produk yang lebih moden dan feminin.
Kini, SAFI menawarkan produk penjagaan kulit muka, ubat gigi, syampu,deodoran, talkum, seleksi produk kosmetik, penata gayaan rambut, produk penjagaan peribadi wanita dan juga produk mandian. SAFI merupakan jenama terbesar Unza (M) Sdn Bhd semenjak tahun 2005.
SAFI BALQIS
Pertama kali dilancarkan pada Oktober 2000, SAFI BALQIS UV WHITE hadir hanya dengan enam jenis produk untuk memenuhi permintaan pengguna wanita melayu khasnya yang menginginkan kulit yang cerah berseri pada harga yang berpatutan. Hasil daripada permintaan yang amat menggalakkan pada waktu itu, SAFI BALQIS sekali lagi dilancarkan semula untuk generasi keduanya pada Mei 2004, dengan nama SAFI BALQIS UV WHITE plus Q10 – bertujuan untuk mencerah dan menganjalkan kulit dengan pertama kali memperkenalkan Duta selebriti pertama mereka iaitu Elly Mazlein.
Generasi ketiga SAFI BALQIS, SAFI BALQIS UV WHITE X2 – Untuk hasil pencerahan lebih cepat dilancarkan pada Januari 2008 dengan pelakon Dynas Mokthar sebagai duta.
November 2010, sekali lagi ia melancarkan generasi yang keempatnya SAFI BALQIS – SAFI BALQIS PERFECT 10, sekaligus meraikan sedekad kehadiran produk ini dalam pasaran dengan teraju jenama mereka Shila Amzah.