Ketika ini, pelakon lelaki Ben Amir menjadi bualan ramai setelah memuat naik satu ciapan di Twitter seakan-akan berang dengan seseorang.
Tweet tersebut sememangnya meraih perhatian netizen dan rata-rata yang meninggalkan komen seakan tidak percaya bahawa itu adalah pelakon terbabit serta tertanya-tanya siapakah individu yang membuat Ben marah.
Ramai juga pengguna merasakan Ben tersalah guna akaun Twitter untuk meluahkan perasaannya.