Mengetengahkan kisah berlaku melibatkan perang antara perniagaan dua butik pengantin dalam mendapatkan projek, slot Citra di TV2 yang mendapat tempat di hati penonton menyiarkan telemovie bertajuk “D’Kayangan” pada 28 Februari ini, pukul 10.00 malam.
Dibintangi pelakon terkenal Adi Putra, Anis Al-Idrus, Wanna Ali, Ellie Suriati, Syazwan Zulkifli, dan Bell Ngasri, ia mengisahkan seorang duda bernama Mahadi kematian isterinya, Sari. Sari memiliki butik iaitu D’Kayangan. Setelah kematian isterinya, tinggallah butik itu dalam keadaan yang bisnesnya yang terumbang-ambing. Pada masa yang sama Mahadi diamanahkan oleh arwah isterinya untuk menjaga butik itu sehingga berjaya. Mahadi seorang kontraktor dan berhenti dari bekerja sebagai kontraktor, berusaha untuk mempertahankan butik itu.
Dalam butik itu tinggal hanya dua orang pekerja nya yang sangat bermasalah iaitu Kate dan Joe. Kate berpewatakan tomboi, dan selalu ingat yang lukisan dia yang amat cantik. Joe pula selalu melibatkan dirinya dengan kegiatan samseng, tapi yang kelakarnya walaupun dia samseng, minatnya menggubah bunga dan membuat pelamin pengantin amat cemerlang.
Situasi komedi di butik ini tentang bagaimana Mahadi, Kate dan Joe bertekak, kelam kabut dan huru-hara. Juga diselitkan babak bagaimana Mahadi ini menyelesaikan masalah pekerja-pekerja nya di situ. Kate yang selalu berselisih pendapat dengan Mahadi bosnya, akhirnya sedikit perasaan hatinya terbuka dengan Mahadi. Kate mula ambil berat tentang Mahadi, dan akhirnya mendapat tahu bahawa Butik D’Kayangan akan bertahan selama tiga bulan dan akhirnya akan dijual.
Bila mendengar situasi ini, Kate pun mula berbincang dengan Joe dan akhirnya muncul Ratna seorang wanita misteri yang datang mengaku sebagai kawan arwah Sari isteri Mahadi, datang untuk membantu menyelamatkan keadaan.
Akhirnya seorang jutawan kaya iaitu Tuan Kemat telah datang dan berminat untuk melantik butik D’Kayangan sebagai perancang majlis perkahwinan Tuan Kemat. Keadaan nampak ada harapan. Kate mula sangsi dengan Ratna dan pada masa yang sama Ratna amat baik dengan semua orang, juga Joe terasa bahawa dia mula sukakan Ratna. Akhirnya terbongkar rahsia bahawa Ratna hendak membeli butik D’Kayangan sebabkan keadaan butik itu tidak begitu baik.
Mahadi menghalau Ratna, dan Kate tanyakan Ratna kenapa buat begini, akhirnya Ratna juga memberi tahu yang Ratna sukakan keadaan di butik D’Kayangan juga sukakan Mahadi. Kate juga terkejut dengan keputusan itu dan Kate membongkar rahsia Ratna bahawa Ratna adalah anak kepada Puan Fazz, pesaing dengan arwah Sari dulu.
Masa yang diberi agak suntuk dan Ratna telah membongkarkan perancangannya dengan ibunya Puan Fazz kepada Mahadi, Mahadi menghalaunya. Berlaku suatu insiden di mana Butik D’Kayangan dan Butik Puan Fazz akan bersaing untuk membentangkan siapa lagi layak untuk dipilih oleh Tuan Kemat.
Akhirnya perasaan serba salah Ratna yang menyelamatkan keadaan Butik D’Kayangan, Ratna tidak berpihak dengan ibunya, dan kini Tuan Kemat membuat keputusan pilihannya. Tuan Kemat memilih reka bentuk ciptaan butik Puan Fazz. Puan Fazz begitu bongkak, Kate telah menyelamatkan keadaan dia mana dia telah membawa tunang Tuan Kemat dalam menyelesaikan masalah ini. Tunang Tuan Kemat telah datang dan menyelamatkan keadaan di situ, namun berlaku perbalahan antara mereka berdua. Lalu apakah kesudahannya?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.