in

Bila Selebriti Popular Buat Lip Sync Kelakar dalam Perang Bibir

Menggayakan semula persembahan lagu-lagu hits dari carta lagu tempatan dan antarabangsa menjadi tugasan penting bagi 24 artis popular Malaysia apabila RM 30,000 bakal menjadi milik juara Perang Bibir. Program terbaharu di TV9, Perang Bibir memaparkan persembahan lip sync bertema bakal bersiaran pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam bermula 2 Mac 2017.

Untitled

24 ARTIS POPULAR SAHUT CABARAN LIP SYNC RM 30,000 MENJADI REBUTAN!

Perang Bibir terbitan Primeworks Studios sebanyak 12 episod dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Dennis Yin menampilkan 24 artis-artis popular yang dikenali sebagai contender. Selain persembahan lip sync bertema, bersediakah para contender menjalani cabaran-cabaran lain dengan hanya menggunakan bibir? Apakah strategi dan idea menarik yang akan dipersembahkan oleh para contender iaitu Amar Ashraf, Izzue Islam, Izreen Azminda, Raja Afiq, Zulin Aziz, Syafiq Kyle, Azrel Ismail, Syazuwan Hassan DFKL, Ryzal Jaafar, Siti Elizad Sharifuddin, Syazwan Zulkifly, Mawar Rashid, Taufiq Hanafi, Izzue Islam, Nur Risteena Munim, Daler Yusof, Mustaqim Bahadom, Neera Azizi, Puteri Aisyah, Luqman Hafidz, Hafeez Mikail, Ramona Zamzam, Hanna Aqeela dan Reen Rahim?

Format program Perang Bibir dibahagikan kepada 3 pusingan iaitu pusingan kelayakan (episod 1-8), pusingan separuh akhir (episod 9 -11) dan pusingan akhir (episod 12). Selain 8 pemenang yang berjaya di pusingan kelayakan, contender yang tersingkir masih mempunyai satu peluang untuk menyertai pusingan separuh akhir sebagai peserta wild card. Di pusingan separuh akhir, hanya 9 contender akan bertanding untuk merebut 3 tempat di pusingan akhir di mana hadiah wang tunai sebanyak RM 30,000 dijadikan taruhan.

Untitled

Pusingan kelayakan disertai oleh 3 orang contender pada setiap episod dengan tema yang berlainan iaitu Carta Bibir (Top 40), K-Pop, Wayang Lebih (OST), Joget, Rock, Hip Hop dan R&B, Bollywood, dan Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (KLMJ). Pusingan ini memaparkan 3 cabaran iaitu persembahan lip sync bertema, mini game dan persembahan lip sync spontan.

Mata persembahan lip sync bertema daripada carta lagu tempatan dan luar negara ditentukan oleh sorakan penonton studio. Contender masih boleh mengejar mata dalam 2 mini game di cabaran kedua. Contender yang menang di peringkat ini akan mendapat kelebihan untuk digunakan di peringkat ketiga iaitu persembahan lip sync spontan. Contender dengan mata terkumpul yang paling tinggi akan mara ke pusingan separuh akhir.

Untitled

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Zurina Othman,

“Mengetengahkan 24 artis popular sebagai tarikan utama, Perang Bibir yang berkonsepkan muzikal dan hiburan ringan merupakan kejutan besar kami buat penonton setia TV9 pada tahun ini. Anda pasti tidak akan bosan selama satu jam program ini bersiaran. Persembahan lip sync bertema atau secara spontan oleh contender membuahkan hasil yang amat luar biasa kerana kesemua artis yang terlibat teruja dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Selain itu, penampilan Sherry Alhadad dan Dennis Yin sebagai hos bukan sahaja telah menghidupkan program ini malahan gaya penyampaian mereka berdua yang sangat bersahaja dan santai juga mampu menarik penonton muda untuk menjadi pengikut Perang Bibir ini.”

Sidang produksi Perang Bibir diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd Aziz sebagai penerbit eksekutif serta Daniel Chan, Saidatul Akmar Mohd Shah dan Ahmad Azahari Mohamad Ali sebagai penerbit.

Berhibur dengan 24 artis popular dalam Perang Bibir pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam selama satu jam di TV9 bermula 2 Mac 2017. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia.

Untitled

Gunakan hash tag #PerangBibir untuk menghangatkan perbualan tentang program ini di laman media sosial. Penonton juga boleh menyaksikan program ini di portal video nombor Satu Malaysia, tonton.com.my

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem LOGAN

Jihan Show Kupas Isu Semasa Golongan Wanita Dengan Cara Lawak Santai