in

Menangi Jam Tangan Dalam Peraduan Time To Reload

Budiey ni jenis yang kalau pergi mana-mana mesti kena pakai jam kat tangan. Kalau sekali tak pakai, pasti ada yang ‘something’ yang missing. Budiey juga suka kumpul jam tangan sebagai koleksi. Macam-macam brand ada. Tak perlu cakaplah brand apa. Tapi taklah mahal dan berjenama sangat pun.

Anda Mahu Jam Mewah Percuma?

[dropcap]C[/dropcap]akap pasal jam ni memang agak menarik sebab pernah sekali Budiey bermimpi pakai jam yang mahal dan mewah. Pelik gak mimpi jam macam tu. Memang cantiklah jam tu. Tapi bila sedar dari tidur, jam tu hilang. Alamak, melepas, rupa-rupanya hanya dalam mimpi.

Tapi bagi anda yang menjadi pelanggan Celcom, tak perlu lagi bermimpi untuk dapatkan sebuah jam mewah bernilai sampai RM10K. Sebab, masih ada masa sekarang ini untuk anda menangi dalam Kempen Time To Reload & Win a Watch anjuran Celcom untuk pelanggan Xpax yang akan berakhir pada 31 Ogos ini. Ala tak sampai beberapa hari je lagi ni. Jadi, anda kena pantas dan cepat bertindak.

Reload Win A Watch

Kalau pembaca semua nak tahu, kempen ‘Time To Reload & Win a Watch’ untuk pengguna prabayar Xpax, U.O.X dan S.O.X sebenarnya telah bermula dari 21 Mei hingga 31 Ogos ini menawarkan hadiah harian jam tangan jenama mewah seperti Bell&Ross, Ball, Fortis, Maurice Lacroix dan Oris bernilai RM10,000 setiap satu.

Pergh! Budiey pun ada mencuba dan terus mencuba sampai sekarang dengan harapan mahu mendapatkan jam yang dimimpikan tu.

[pullquote align=”right”]Setiap hari, Budiey ada reload RM10 dua kali sehari. Memang duk idamkan jam yang mewah tu lama dah.[/pullquote]

Kepada anda di luar sana yang bertanya, macamana nak dapatkan jam mewah yang ditawarkan tu, anda pastinya kenalah jadi pelanggan prabayar Celcom. Kemudian, hanya perlu menambah nilai RM10 dua kali dalam satu hari atau RM30 sehari untuk berpeluang memenangi jam tangan mewah bernilai lebih RM1 juta. Dan jangan pula terperanjat ya, bila satu hari tu Celcom akan buat kejutan dengan memberikan bonus jam tangan idaman bernilai RM30,000 kepada pelanggan bertuah. Wow, mana nak cari hadiah macam ni? Hanya reload dah boleh dapat hadiah jam. Untunglah! Itu yang kita kena tunggu. Mana tahu satu kejutan dari Celcom ni memang susah nak duga.

Kepada yang dah menang jam ni, Budiey sangat jeles, hokeh! Sangat! Sebab apa, sebabnya jam tu bukan berharga dua tiga ratus, dik… tapi harganya mencecah RM10,000 dan ada seorang daripada pengguna bertuah dapat membawa pulang jam berharga RM30,000. Korang jangan tak percaya pulak sebab dah ada pun orang yang menang!

Itulah yang dinamakan rezeki. Kita tak tahu nasib untung kita, kan? Jadi, Budiey ingat nak jadi pelanggan prepaid Celcom gak lah. Reload tiap-tiap hari, untung-untung dapat menang jam tangan ni. Sape nak bagi, mahal tuuuuuu…. Memang heaven giler kalau dapat.

Reload Win A Watch

Ha! Apa Tunggu Lagi?

Jika anda mahu menang hadiah jam mewah dari Celcom ni, senang je sebenarnya, anda hanya perlu jadi pelanggan prabayar Celcom dan hanya perlu menambah nilai RM10 dua kali dalam satu hari atau RM30 sehari untuk berpeluang memenangi hadiah jam tangan mewah bernilai lebih RN1juta selain ada bonus menanti anda berupa jangan tangan idaman bernilai RM30,000 kepada pelanggan bertuah.

Setiap hari Xpax akan mengumumkan nama pemenang di laman sesawang www.xpax.com.my. Jadi, tak reti-reti nak masuk website ni untuk dapatkan info lanjut.

Untuk info lanjut, anda boleh klik sini:
www.xpax.com.my/promo_winawatch & www.facebook.com/xpaxfb

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Bintang Pawn Stars Rick & Corey Harrison di KLCC

DAP Tukar Taktik Izin Tayang Tanda Putera Muilai Sabtu