PELUANG MEMENANGI PAKEJ PERCUTIAN “THE PERFECT GETAWAY” MELALUI TEMAN 2
Belinda Chee membuat penampilan istimewa…
Tidakkah anda teringin untuk bercuti bersama teman baik anda sendiri? Anda mungkin bertuah jika anda bertindak cepat kerana Olay White Radiance dan Watsons menawarkan peraduan pakej percutian “The Perfect Getaway” yang ditaja sepenuhnya dan berakhir 30 Jun 2008 ini.
“The Perfect Getaway” dianjurkan bersempena tayangan musim kedua ‘Teman’, siri travelogue kegemaran ramai disiarkan di 8TV dimana Olay White Radiance telah menjadi penaja utamanya buat sekian kalinya.
‘Teman’ dihoskan oleh pengacara jelita Belinda Chee dan pengacara baru untuk musim ini, Melissa Maureen. ‘Teman’ merupakan satu pengalaman unik di mana pencarian dan penemuan baru bersama dua rakan yang sebelum ini mempunyai dua cara dan budaya serta persepsi hidup yang berbeza .
Untuk memenangi percutian “The Perfect Getaway” ini, anda hanyalah perlu menghantar foto percutian anda bersama ‘Teman’ baik anda yang menonjolkan ciri-ciri “The Perfect Getaway”.
Menurut Encik Zadil Hanief Mohamad Zaidi, Pengurus Perhubungan Awam Procter &Gamble (Malaysia) Sdn Bhd, “Foto berkenaan hendaklah disertakan bersama resit sebagai bukti pembelian barangan produk Olay White Radiance , minimum sebanyak RM30 setiap resit daripada stor-stor Watson di Lembah Klang”.
Apabila menghantar penyertaan, secara tidak langsung pemenang peraduan ini akan berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama bernilai RM2,000 berupa baucer e-hadiah untuk bercuti kemana sahaja percutian yang anda idam-idamkan. Bersama itu juga, 2 hadiah tempat pertama dan kedua baucer e-hadiah bernilai RM1,000 setiap seorang untuk dimenangi.
Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik lam Swee Kim:
“Teman adalah mengenai percutian dan menghabiskan masa bersama teman rapat anda untuk lari dari dunia sebenar dan berkongsi keindahan tempat-tempat menarik di bumi Malaysia dan juga Asia. Peraduan percutian ‘The Perfect Getaway’ dianjurkan oleh Olay White Radiance dan penganjur bersama Watson, adalah untuk memberi peluang kepada peminat dan para penonton siri ini serta pengguna Olay White Radiance untuk pergi bercuti.”
Untuk mempromosikan peraduan ini, salah seorang hos ‘Teman’ musim kedua, Belinda Chee sempat mencuri masa dari jadualnya yang sibuk untuk membuat penampilan di stor Watson Mid-Valley Megamall dan Sungei Wang Plaza, untuk mengambil gambar bersama pembeli-pembeli yang menghantar borang penyertaan mereka dengan membeli barangan produk Olay White Radiance.
Belinda Chee juga merupakan pengguna setia produk Olay White Radiance dan merupakan salah seorang daripada 10 wanita tercantik Asia yang dipilih untuk Asia’s Perfect 10 kerana memilih Olay White Radiance sebagai produk penjagaan wajah mereka.
‘Teman’ disiarkan di 8TV setiap Rabu, pukul 9.30 malam. 8TV juga ditayangkan di saluran alternatif Astro 708.