Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!
Anda nak menghadiri Tayangan Premiere GHOST THEATER – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem dari Jepun yang penuh dengan adegan seram dan suspen ni. Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.
GHOST THEATER (2015) merupakan sebuah filem seram Jepun yang diarahkan oleh Hideo Nakata dulunya pernah mengarah filem THE RING, dengan didukung pelakon utama: Haruka Shimazaki, Rika Adachi, Riho Takada, Keita Machida, Ikuji Nakamura dan Mantaro Koichi.
Filem seram GHOST THEATER ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 3 Disember 2015.
Ghost Theater merupakan film horor Jepun yang disutradarai oleh ‘Hideo Nakata’. Hideo Nakata memang sudah sangat terkenal dengan karya film horornya yang sangat menyeramkan.
Karya film terbarunya yang disebut-sebut akan lebih seram dari Sodako ini juga akan ditampilkan saat Festival Film Internasional Tokyo. Sebab, filem horor ini akan memfokuskan filem horor ini dengan konsep boneka terseram. Di mana boneka ini akan diisi dengan roh yang jahat, sehingga filem ini menjadi sangat seram.
Sinopsis GHOST THEATER
Dalam film ini anggota AKB48 Haruka Shimazaki akan menjadi pemeran utamanya. Sebelumnya, semua anggota grup AKB48 mengikuti audisi untuk peran dalam film ini dan Haruka lah yang terpilih.
Film Ghost Theatre berfokus pada Sara (Haruka Shimazaki), seorang aktris muda yang mendapatkan peran kecil dalam sebuah teater besar yang diarahkan oleh Gota Nishikino (Mantaro Koichi). Adalah Aoi (Riho Takada) dan Kaori (Rika Adachi) yang mendapatkan peran utama.
Namun suatu hari, seorang staf perempuan ditemukan tewas di teater tersebut. Aoi jatuh dan kehilangan kesadaran, hingga kemudian Sara terpilih untuk mengambil alih peran utama. Namun lambat laun, Sara mulai mengerti bahwa ada seseorang atau sesuatu yang hendak mengakhiri produksi, yang kemudian menempatkan Sara dalam bahaya yang mematikan.
Peraduan Tayangan Premiere GHOST THEATER
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
1 Disember 2015 (Hari Selasa)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9:00 malam
Tempat:
GSC Mid Valley
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere GHOST THEATER– Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #GHOST THEATER kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan seorang pelakon yang membintangi filem GHOST THEATER
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere GHOST THEATER – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Tayangan Premiere GHOST THEATER – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
30 November 2015
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada GSC dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 3 Disember 2015.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.