in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – DADDY’S HOME

Salam semua pembaca Budiey.com yang budiman,

Bagi memeriahkan lagi acara Premiere With Budiey pada penghujung tahun 2015 ini, Budiey.com ingin menjemput Budieyators semua untuk menonton sebuah filem komedi yang pastinya korang akan gelak sakan menontonnya. Salah satu filem yang Budiey maksudkan ialah filem DADDY’S HOME.

Filem ini merupakan filem hollywood terbaru yang disutradarai oleh Sean Anders berdasarkan senario yang ditulis bersama dengan Brian Burns. Filem ini juga turut dibintangi oleh aktor kelas A hollywod iaitu Mark Wahlberg, Will Ferrell dan Paul Scheer. Paramount Pictures yang memproduksi filem ini akan mulai menayangkannya mulai 31 Disember 2015.

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem penuh dramatik gelak ketawa DADDY’S HOME di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer DADDY’S HOME yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie Hollywood yang dengan drama yang sungguh lawak ni.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 31 Disember 2015.

Untuk kalian yang menyukai filem komedi, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.


Daddy's HomeTkt

Sinopsis Filem DADDY’S HOME


Filem DADDY’S HOME menceritakan seorang pemuda bernama Brad Taggart lakonan Will Ferrell, berkerja di sebuah stesen radio. Dia juga merupakan seorang ayah tiri yang selalu ingin menyayangi dan mencintai anak isterinya

Akan tetapi Brad Taggart menghadapi masalah yang muncul ketika seorang bernama Dusty Mayron (Mark Wahlberg) tiba berkunjung ke rumah mereka. Dusty Mayron merupakan suami dan ayah kandung dari keluarga Brad sekarang.

Selain itu, Dusty ingin sekali tinggal bersama dengan Keluarga Brad, dan Dusty juga memberikan perhatian lebih kepada bekas isteri dan anaknya.

Mengetahui hal tersebut, Brad ingin berlumba untuk membuktikan kepada Dusty, bahawa dia juga bukan hanya ayah tiri, tetapi dia juga boleh menyayangi anak dan isterinya untuk bersaing untuk merebut perhatian dan kasih sayang dari anak-anaknya.

Peraduan Tayangan Premiere Filem DADDY’S HOME

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

29 Disember 2015 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 UTAMA, Hall 8

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere DADDY’S HOME– Budiey.com di GSC 1 UTAMA, Hall 8. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey # DADDY’S HOME kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon utama filem DADDY’S HOME

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere DADDY’S HOME – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere DADDY’S HOME – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

28 Disember 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mencuit hati ini mulai 31 Disember 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Travel Hotel Review CAPRI BY FRASER

MTV Wins Best Entertainment Award At Asian Television Awards 2015