in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem WHY HIM

Hello semua pembaca dan Budieyators! Untuk menghabiskan sisa-sisa masa penghujung bulan Disember ini, Budiey nak ajak korang menonton sebuah filem kelakar. Dikatakan filem ini adalah filem kelakar pernah dilakonkan oleh James Franco. Apa-apa pun, Budiey perhatikan semakin banyak filem terhebat menanti untuk ditonton pada bulan depan ini. Semuanya best-best belaka. Nantikan kemaskini terbaru nanti.

Kali ini, Budiey nak kasi hadiah istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini di mana Budiey akan menganjurkan Premiere With Budiey sebuah filem romantik komedi lakonan James Franco berjudul WHY HIM.

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere WHY HIM – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti, artis dan influencers terkenal yang dijemput khas?

Tonton Final Trailer ini:

[dropcap]S[/dropcap]ebanyak 220 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem yang akan membuatkan korang terbahak-bahak dengan kerenah pelakon yang cukup hebat ni beramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 29 Disember 2016.

Peraduan Tayangan Premiere Filem WHY HIM

[dropcap]S[/dropcap]ensasi Selebriti ingin menghadiahkan 220 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

27 Disember 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere WHY HIM – Budiey.com di GSC 1 Utama pada 27 Disember 2017 (Hari Selasa). Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #WhyHim

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  Anda perlu menjadi followers Budiey di media sosial.

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/foxmovies.my & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey  #WhyHim kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook dan di Instagram. Tapi sebaik-baiknya di Instagram & Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem WHY HIM

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere WHY HIM – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere WHY HIM – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

27 Disember 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 29 Disember 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/foxmovies.my dan langgan / subscribe Youtube Channel Fox Malaysia : www.youtube.com/FoxMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shiha Zikir & Hyunmin-A Pukau Remaja Di MAHA 2016

Sehari Selepas Kematian Carrie Fisher, Ibunya Debbie Reynolds Pula Meninggal Dunia