Salam lebaran buat semua pembaca Budiey.com yang budiman, amacam raya tahun ini? Pastinya korang tengah sibuk buat persiapan raya kan? Budiey kira ramai akan pulang ke kampung halaman dan sekembalinya anda ke ibu kota nanti, kita berjumpa lagi untuk menonton sebuah lagi tayangan premiere.
Nah! untuk merasmikan acara Premiere With Budiey di bulan Syawal ini, kita tampilkan kepada anda semua sebuah filem seram berjudul THE GALLOWS di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam.
Kalau nak tahu, filem THE GALLOWS akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 23 Julai 2015. Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menontonnya? Caranya ada kat bawah ni.
Filem THE GALLOWS dibintangi oleh Cassidy Gifford, Pfeifer Brown, Reese Mishler, Ryan Shoos dan ramai lagi.
Untuk kalian yang menyukai filem arahan Chris Lofing, Travis Cluff bergenre horror filem ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.
Sinopsis THE GALLOWS:
Filem seram terbaru dari Hollywood berjudul The Gallows ini merupakan filem yang bercerita tentang sekumpulan pelajar yang merancang sebuah pementasan drama di sekolahnya. Di sekolah ini, dua puluh tahun lalu terjadi satu kejadian ngeri sehingga menyebabkan seorang pelajar maut dalam sebuah pentas drama sekolah. Kini, mereka mahu menampilkan pentas drama yang sama seperti kejadian dua puluh tahun lalu. Semasa melakukan persiapan, mereka telah mengalami kejadian pelik yang menyeramkan yang mengancam nyawa mereka.
Peraduan Tayangan Premiere Filem THE GALLOWS
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan sebanyak 180 tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
22 Julai 2015
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.15 malam
Tempat:
GSC Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE GALLOWS – Budiey.com di GSC Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Hanya followers Budiey.com sahaja yang layak menyertai peraduan ini
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/warnerbrosmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #TheGallows kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
3. Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan dua pelakon yang membintangi filem THE GALLOWS
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere THE GALLOWS – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere Filem THE GALLOWS – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
20 Julai 2015
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email..
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Warner Bros Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menyeramkan jiwa ini mulai 23 Julai 2015.
Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/warnerbrosmalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.