in , , ,

Peraduan Tayangan Menonton Filem BLOODSHOT

Nah! Ini adalah hadiah Budiey istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini!

Anda nak menghadiri Tayangan filem BLOODSHOT bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi yang penuh dengan drama ini. Sebanyak 40 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem BLOODSHOT akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 12 Mac 2020.

Filem BLOODSHOT

Filem ini menceritakan tentang seorang askar Marin, Ray Garrison, di mana dia mendapati dirinya mempunyai kuasa luar biasa selepas dihidupkan semula oleh pasukan saintis rahsia, RST, selepas dia dan isterinya dibunuh. Dengan teknologi canggih nanoteknologi di dalam uratnya, dia kini menjadi mesin pembunuh biotek yang lebih kuat bernama Bloodshot, yang mampu pulih secepat mungkin. Dia tidak dapat ingat masa lampau pada mulanya tetapi apabila memorinya kembali, dia meloloskan diri dari fasiliti itu dan memburu orang yang membunuhnya dan isterinya. Bagaimanapun, dia mendapati sesuatu tentang konspirasi ini.

Diarahkan oleh Dave Wilson, filem ini dibintangi oleh Vin Diesel, Eiza González, Sam Heughan, Toby Kebbell, Guy Pearce dan ramai lagi.

Filem BLOODSHOT

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad BLOODSHOT

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad BLOODSHOT untuk pembaca setia Budiey.com.

BS_ShirtPromo_Vin Diesel_Design
5 x Limited Edition ‘Bloodshot’ T-shirt (Nano Military Design)
Magnetic Card Holder
3 x Limited Edition ‘Bloodshot’ Magnetic Card Holder
Foldable storage box
3 x Limited Edition ‘Bloodshot’ Foldable Storage Box
Waterproof bag
1 x Limited Edition ‘Bloodshot’ Waterproof Bag
Charging cable
2 x Limited Edition ‘Bloodshot’ USB Charging Cable

Peraduan Tayangan Premiere Filem BLOODSHOT

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 40 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

11 Mac 2020 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

MBO Tropicana

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere BLOODSHOT – Budiey.com di MBO Tropicana. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #bloodshotMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. 

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua watak utama dalam filem BLOODSHOT

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere BLOODSHOT- Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Filem BLOODSHOT – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

10 Mac (Hari Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem BLOODSHOT
Filem BLOODSHOT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Daripada Penjual Mufin Pisang Ke Personal Shopper Jenama Sellection Berjaya

Pulang Dari Umrah, Betul Ke Ayda Jebat Sudah Berhijab?