in ,

Peraduan Menang Tiket Tayangan Filem OLA BOLA

Salam semua pembaca Budiey.com, untuk info anda semua filem OLA BOLA akan menemui penonton di pawagam mulai 28 Januari 2016. Sempena dengan itu, Budiey ingin menjemput pembaca dan Budieyators semua menonton filem ini.

Budiey ada 20 tiket untuk diberikan kepada anda menonton filem OLA BOLA di Majlis Tayangan OLA BOLA yang akan berlangsung di GSC Mid Valley pada 27 Januari 2016 jam 9.30 malam.

Ola Bola Poster

Tentang Filem OLA BOLA

[dropcap]B[/dropcap]erlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.

Kisah ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang dijangka akan menambat hati para penonton Malaysia.

Filem yang mengambil masa selama satu tahun untuk proses produksi ini menggunakan khidmat professional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari Argentina yang mempunyai pengalaman luas di Hollywood. Begitu juga dengan sinematografi udara terbaik dari Australia, pasca produksi dan pemenang anugerah audio dari Taiwan, Tu Duu-Chih. Malah, mereka turut menggunakan khidmat Chin Ting Chang seorang pengarah fotografi dari filem Kana.

Filem bergenre drama ini menampilkan pelakon hebat, Bront Palarae dan penampilan istimewa oleh Frankie Lee. Menariknya, OlaBola turut dibarisi pelakon baru yang bakal menyinar seperti JC Chee (Kwok Keong atau Tauke), Luqman Hafidz (Ali), Saran Kumar (Muthu) dan Marianne Tan (Marianne).

Menarik untuk diperhatikan, bahawa filem ini seperti mana filem-filem yang sepatutnya menyatakan realiti sebenar kehidupan di Malaysia, menggunakan kesemua bahasa iaitu Bahasa Melayu, Tamil, Inggeris, Mandarin, Kantonis, dan juga Hokkien. Dan itu sahaja sudah berjaya memaparkan sedikit elemen realisme ke dalam karya yang bakal ditayangkan pada tahun 2016 akan datang.

Semoga filem ini pada akhirnya berjaya memberi impak yang signifikan dan turut mempengaruhi keadaan sosial yang semakin lama semakin tegang.

Untuk mendapat info terkini tentang OlaBola, sila layari lawan web www.olabola.tv serta ikuti akaun instagram di olabola.tv.

Peraduan Menang Tiket Tayangan OLA BOLA

[dropcap]B[/dropcap]udiey membuka peluang kepada pembaca dengan memberikan 20 keping tiket untuk diberikan kepada 10 orang pemenang kepada pembaca yang menyertai peraduan ini. Seorang pemenang akan dapat 2 tiket Tayangan OLA BOLA.

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan filem OLA BOLA di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: @ olabola.tv @Budiey & hashtag #BudieyDotCom

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #olabola. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu menonton filem OLA BOLA kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #OlaBola. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Selain kena Tweet, jangan lupa untuk hantar slogan paling KREATIF anda itu kepada emel Budiey

Slogan: Saya mahu menonton filem OLA BOLA kerana… (tidak lebih dari 140 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Soalan 1:

1. Siapakah pengarah filem OLA BOLA?

Soalan 2:
3. Sebutkan dua pelakon utama filem OLA BOLA

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton filem OLA BOLA kerana… (tidak lebih dari 140 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Tayangan Filem OLA BOLA 

Tarikh tutup peraduan:
25 Januari 2016

10 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih Astro Shaw atas tiket jemputan tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maharaja Lawak Mega 2016 Gabung Pelawak Baru & Otai

Tayangan perdana siri DC’s Legends of Tomorrow