Aidilfitri adalah sambutan sejagat, merapatkan hati setiap umat. Mendekatkan hati yang jauh, yang dekat bertambah utuh. Ledakan kegembiraan jelas terpancar pada luhur raut wajah, pancawarna busana dan enaknya 1001 rasa hidangan istimewa perayaan.
Jangan biarkan aidilfitri kali ini hambar dengan kulit muka yang berminyak menjadi penghalang daripada tampil berseri dan yakin. Pada musim perayaan begini kita lazimnya akan sibuk di dapur menyediakan hidangan untuk para tetamu yang berkunjung, oh mana mungkin kita tidak akan berpeluh? Sekaligus Zon-T wajah akan berminyak, kulit muka terasa melekit dan berkilat! Tentu sekali kita akan merasa tidak selesa.
[pullquote align=”right”]Sempurnakan Aidilfitri Bersama Safi. Rangkaian produk kawalan minyak Safi Balqis Perfect 10. Rahsia Pesona cerah Sempurna Aidilfitri Anda![/pullquote]
Cuaca cerah dan terang membuatkan ramai yang berasa selesa untuk berjalan kaki sahaja apabila menghujungi mereka yang teristimewa, tambahan jika tinggal berdekatan. Namun tanpa sebarang perlindungan khusus untuk kulit, lapisan luaran dan dalaman kulit anda pasti akan terdedah kepada bahaya pancaran sinar ultra ungu, lantas mengundang masalahan kesihatan kulit,selain membuatkan tona kulit tidak sekata, kotor dan berminyak.
Aidilfitiri kali ini berikan hadiah yang bermakna untuk kulit muka anda. Percayalah kepada rangkaian produk kawalan minyak SAFI BALQIS PERFECT 10 yang pasti akan memberikan anda seri di aidilfitri ini.
Rangkaian produk SAFI BALQIS PERFECT 10 ini diperkaya dengan formulasi Nano Biowhite yang bertindak pantas di dalam sel kulit untuk mencerahkan wajah dalam masa 2 minggu dan Nano Q10 yang mengekalkan keanjalan struktur kulit muka.
Lengkapkan rejim kecantikan Aidilfitri anda bersama SAFI BALQIS PERFECT 10 dengan dua produk khusus kawalan minyak Aidilfitri SAFI BALQIS PERFECT 10 berikut:
SKRUB BUIH PEMBERSIH KAWALAN MINYAK SAFI BALQIS PERFECT 10 – RM 11.80 – 100g
Formulasi partikel manik mikro skrub produk ini yang membersih dengan mendalam dan menyeluruh ini mampu menanggalkan sel kulit mati dengan mudah dan menggalakan pertumbuhan sel kulit untuk raut wajah cerah sempurna. Kombinasi ekstrak lemon di dalam produk ini yang kaya dengan manfaat vitamin B3 dan C merupakan ejen mengawal penghasilan minyak pada muka.
Khusus untuk mereka yang mengalami masalah kulit muka berminyak pembersih dengan butiran manik mikro skrub ini, amat halus, lembut pada kulit yang mengalami masalah jerawat. Memastikan anda kelihatan cerah sempurna, produk ini diperkaya dengan formulasi nano biowhite & Nano Q10 memberikan anda raut wajah cerah sempurna dan tona kulit sekata dalam masa 2 minggu.
LOSYEN PELEMBAP KAWALAN MINYAK SAFI BALQIS PERFECT 10 SPF 15 – RM19.90 – 50 ml
Diperkaya dengan manfaat Nano Biowhite yang mencerahkan kulit serta Nano Q10 yang mampu mengekalkan keanjalan kulit dengan bertindak merawat sel kulit dari dalam. Hadir di dalam pek bungkusan moden dengan pam bebas udara berikan perlindungan dan suntik keyakinan kepada wajah anda dengan inovasi produk yang ringan serta tidak berminyak dengan SPF 15 ini yang mampu mengawal penghasilan minyak berlebihan ketika melakukan aktiviti lasak. Nikmati aktiviti luar anda dengan yakin Ia memberikan perlindungan dan membuatkan kulit kekal cerah sempurna, bermaya dan tona kulit sekata.
Lihat! Tiada lagi si gadis yang bermurung dalam kemeriahan meraikan Syawal yang mulia. Anda kini berkeyakinan, mempesona, ceria dengan raut wajah cerah sempurna!
“SEMPURNAKAN AIDILFITRI BERSAMA SAFI” juga meraikan 70 pengguna bertuah SAFI dengan “Sampul Aidilfitri Safi”. Anda mungkin antara mereka yang bakal membawa pulang duit raya berjumlah RM300 daripada SAFI.
Dapatkan produk SAFI bernilai RM25 keatas dan sertai peraduan teka silang kata mengenai Safi Balqis dan Aidilfitri. Pilih untuk menyertai di outlet atau secara online. Sertakan resit pembelian bersama borang penyertaan anda. Tarikh tutup peraduan adalah pada 31 Ogos 2013.
Anda juga berpeluang memenangi hamper Syawal Safi bernilai RM200 dengan menjawab soalan berikut:
1. Apakah fungsi Skrub Buih Pembersih Kawalan Minyak Safi Balqis?
2. Apakah formula yang ada pada SAFI BALQIS PERFECT?
Slogan: Saya mahu tampil anggun jelita dengan Safi kerana… (tidak lebih 15 patah kata)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
Tarikh tutup peraduan:
20 September 2013
Tajuk Email: Peraduan Sempurnakan Aidilfitri Bersama Safi
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Semua nama pemenang akan diberitahu melalui email.
- Hadiah akan dihantar melalui pos.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.
Terima kasih kepada Safi dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Layari laman sesawang SAFI www.safi.my atau laman sosial Facebook SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY untuk maklumat lanjut mengenai kempen SEMPURNAKAN AIDILFITRI BERSAMA SAFI.