in ,

Menangi Hadiah-Hadiah Berjumlah RM1,200 Dengan Hanya Berselfie di NU Sentral

Korang nak menang hadiah wang tunai? Ha! Mana tahu ini rezeki korang untuk menang duit raya dari NU Sentral!

Boleh dikatakan setiap hari Budiey hangout di NU Sentral yang terletak berdekatan dengan KL Sentral ni. Saje lah singgah untuk lepak-lepak dan cuci mata. Tambah pulak di bulan puasa ni, Budiey tengok sekarang bukan main lagi banyak jualan kat Pusat Beli-Belah NU Sentral ni.

Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016

[dropcap]S[/dropcap]elain selalu workout kat gym di tingkat 4, Budiey juga suka jalan-jalan window shopping melihat apa yang terbaru. Bukan apalah, apabila nak dekat dengan hari raya ni, Budiey suka tengok baju raya yang dijual di NU Sentral. Sambil tu, boleh jamu mata tengok dekor menarik sempena hari Raya yang akan disambut tak lama lagi.

Memang setiap kali nak raya, setiap kali datang bulan puasa ni, semua lokasi membeli belah buat hiasan meletop letop kasi menarik sikit. Ada yang gempak dan ada yang suam-suam kuku. Tapi kalau kita tengok hiasan dekorasi di NU Sentral ni memang ohsem lah. Kreatif dan tidaklah berserabut atau terlalu crowded macam sesetengah pusat membeli belah yang lain.

Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016

Menjelang hari raya dekorasi dan keunikan hiasan menjadi tatapan orang ramai terutama pembeli dan pengunjung kat sini. Budiey ni memang suka bergambar dan memang tak nak lepaskan peluang lah untuk bergambar dengan kesemua prop atau hiasan yang cukup besar ya. Memang muat frame gambar dan memang cantik bila korang letak di sosial media.

Tak caya korang boleh datang jenguk di ruang legar ni. Banyak gerai untuk membeli kelengkapan hari raya nanti. Kepada korang yang datang sini, apa kata jenguk=-jenguk dulu apa yang menarik di sini dan jangan lupa untuk ambil gambar kat sini, okay. Memang cantik dekornya.

Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016

Budiey suka tengok ruangan tengah yang menampilkan sebuah pentas yang cukup unik berbentuk bunga dengan lima kelopak. Dengan hiasan dan corak bermotifkan Melayu dan klasik, dicampur pula dengan hiasan yang moden menjadikan pentas di tengah ruang concourse ni nampak menawan.

Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016

Haa, di sinilah berlangsungnya beberapa aktiviti yang dijalankan setiap hari bagi menarik semua pengunjung datang membeli belah. Ada pertandingan menghias mengubah jambangan bunga, ada pertandingan ada persembahan tarian, ada pertandingan menganyam ketupat, ada pertandingan memasang langsir, pertandingan memakai baju raya, ada tutorial ringkas menyolek wajah sesuai untuk hari raya, ada pertandingan menghias kek dan macam-macam lagi lah.

Alang-alang datang ke sini pada hari Ahad lalu, Budiey pun sertai Pertandingan Mengubah Bunga kategori lelaki. Haa, memang tak sangka dapat menang tempat ke-2.

Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016

Tidak dilupakan dengan penampilan khas selebriti dan juga penyanyi popular yang buat persembahan menghiburkan pengunjung. Antaranya, In Team, Sabhi Saddi, Lah Ahmad, Asmidar, Amelina, Ayu Damit, penyanyi kelahiran dari Bintang RTM, Ajai, Shiha Zikir dan ramai lagi. Budiey juga ada dapat jemputan pelancaran single terbaru Shiha Zikir yang akan diadakan di sini juga. Memang meriahlah nanti.

Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016

Dengan adanya dekorasi indah dan juga persembahan serta aktiviti begini, Budiey kira, ia menyemarakkan lagi semangat untuk kita menyambut hari raya puasa nanti.

Bukan apa, kat sini anda boleh dapatkan baju raya sebab Budiey tengok ada gerai yang menjual jubah, baju Melayu, kuih muih raya dengan harga yang berpatutan sekali. Memang banyak variasi dan pilihan. Budiey suka dengan beberapa jubah yang dijual di sini. Kainnya sangat berkualiti dan potongan yang moden membuatkan Budiey membeli sehelai jubah kat sini.

Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016

Kepada pembaca yang nak datang, jangan lupa datang dengan kamera sekali… haa, tak pun guna je kamera di telefon bimbit korang tu. Boleh berselfie sampai puas. Sebab banyak port atau tempat backdrop yang sangat cantik dan indah serta kreatif disediakan untuk korang semua. Raya kali ini memang meriahlah kalau buat kad raya dengan gambar-gambar ni semua kan?

Bukan itu sahaja, NU Sentral menawarkan hadiah-hadiah berjumlah RM1,200 untuk anda yang paling kreatif ber-selfie di 10 selfie point kat sini. Korang boleh pilih yang mana satu point dan pastikan gambar korang tu paling kreatif dengan gaya. Budiey cadangkan korang datang berselfie dengan menggayakan baju raya yang paling comel, paling kacak dan paling cantik okay?

Apa yang perlu korang buat ialah kalau nak upload di sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter, korang jangan lupa letak hashtag #NUSentral #NURaya okay?

Jomlah layari fb.com/nusentral untuk info lanjut.

Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016
Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016
Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016
Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016
Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016
Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016
Kempen Hari Raya Nu Sentral 2016
Nu Sentral

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Premiere With Budiey Filem ASSASSINATION CLASSROOM: THE GRADUATION

Lebih 26,000 Peminat Banjiri MTV MUSIC EVOLUTION MANILA 2016