in

Peraduan Ratu Jumbo 2014 Kembali Lagi

Peraduan Ratu Jumbo 2014 kembali tahun ini di Sungei Wang Plaza untuk mencari wanita bersaiz besar yang layak untuk dinobatkan sebagai Juara Ratu Jumbo 2043 semasa Pusingan Akhir Peraduan pada 23 November 2014.

Peraduan ini dibuka kepada wanita bujang atau yang sudah berkahwin dengan berat badan minimum 80kg. Para peserta akan diadili berdasarkan personaliti, keyakinan diri, sokongan dari penonton, pakaian dan persembahan keseluruhan. Para peserta dikehendaki melalui Pusingan Pemilihan terlebih dahulu yang akan diadakan pada tarikh 1 dan 2 November 2014. Mereka kemudiannya akan disenarai pendek untuk ke Pusingan Separuh Akhir yang akan diadakan pada 9 November 2014 dan akhirnya ke Pusingan Akhir pada 23 November 2014.

Hadiah bernilai lebih RM21,000 untuk dimenangi yang merangkumi wang tunai, baucer beli-belah, produk kecantikan kulit, trofi dan lain-lain lagi. Terdapat 7 jenis gelaran untuk dimenangi dalam peraduan ini yang iaitu; Ratu Jumbo 2014, Naib Juara, Tempat Ke-Tiga, “Paling Berbakat”, “Undian Paling Banyak di Sungei Wang Plaza Facebook”, “Undian Paling Banyak di Magnum App” dan “MY FM Most Popular Award”.

Para penyokong dapat mengundi untuk peserta Ratu Jumbo 2014 kesukaan mereka melalui “Most Votes on Magnum’s App” yang akan berlangsung dari 27 Oktober 2014 – November 2014 ( Pemilihan 1 & 2), 3 November – 8 November 2014 (Separuh Akhir) and 10 November – 22 November 2014 untuk Pusingan Akhir. Jumlah undian yang diterima akan menyumbang 10% kepada jumlah markah keseluruhan peraduan ini bagi setiap peserta.Tambahan, para penyokong juga dapat mengundi di laman Facebook Sungei Wang Plaza dari 11 November – 22 November 2014.

Ratu Jumbo 2014 dipersembahkan oleh Magnum. Radio rasmi adalah MY FM dan MIX FM manakala majalah rasmi adalah feminine. Alat solek asmi adalah Xpression Make-Up Academy diikuti curvequeenz sebagai pakaian rasmi. Salon rambut rasmi adalah Miko Hair Studi dan produk kecantikan kulit rasmi adalah Adonis Beauty. Penghargaan juga kepada Mega Ultimate.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Ice Bucket Challenge & MH17 Jadi Carian Hangat di Youtube

Sinopsis Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna