in ,

Peraduan Menonton Filem NIGHTMARE ALLEY

Salam semua pembaca Budiey.com, selamat tahun baru 2022 buat semua. Yang pasti tahun ini banyak sekali filem yang menarik akan berada di pawagam. Kepada yang nak menang hadiah, jangan lupa teruskan melayari portal ini!

Bersempena demgan tayangan filem NIGHTMARE ALLEY yang akan berada di pawagam mulai 13 Januari ini secara eksklusif di TGV Cinemas, Budiey dengan kerjasama 20th Century Studios mahu mengajak 20 orang pembaca dan selebriti untuk menonton filem yang padat dengan aksi.

Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

Filem thriller ini diadaptasikan dari novel berjudul sama karya William Lindsay Gresham dan filem asal yang diterbitkan pada tahun 1946. Ia mengisahkan tentang seorang penyamar yang korup, berpakat dengan seorang psikiatris wanita untuk menipu orang ramai dan membuat mereka memberi wang.

Del Toro turut menulis skrip filem bersama-sama Kim Morgan dan J. Miles Dale akan turut bertindak selaku penerbit bersama del Toro.

Filem NIGHTMARE ALLEY

Peraduan Tayangan Filem NIGHTMARE ALLEY

Sensasi Selebriti dengan kerjasama 20th Century Studios ingin menghadiahkan 20 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton filem NIGHTMARE ALLEY. Tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:
11 Januari 2022 (Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
8.30 malam

Tempat:
TGV 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Filem NIGHTMARE ALLEY – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PreviewScreeningWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PreviewScreeningWithBudiey #NIGHTMAREALLEYMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem NIGHTMARE ALLEY

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem NIGHTMARE ALLEY kerana- Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem NIGHTMARE ALLEY

Tarikh tutup peraduan:

10 Januari 2022

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada 20th Century Studios dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZAMAERA TRENDING

KFC Sambut Tahun Baru Dengan KFC Golden Egg Burger 

Cartoon Network Invites Kids In Malaysia To Redraw Their World