Salam semua, nampaknya tahun 2015 adalah tahun yang sangat happening dan meriah dengan penganjuran event Premiere With Budiey. Tak sampai sebulan pun Premiere filem JUPITER ASCENDING dalam versi 3D di dewan IMAX dianjurkan, korang semua dapat satu lagi peluang untuk menonton sebuah filem lakonan hebat daripada pelakon berkaliber Will Smith, Margot Robbie berjudul FOCUS.
Sebuah filem bergenre romantic-crime comedy. Jika sebelum ini anda menonton lakonan Will Smith dalam filem blokbuster yang beraksi lasak, kali ini kita akan tonton pula lakoan Will Smith membawa peranan sebagai con man pula.
Jadi, anggaplah ini hadiah istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!
Jika korang semua ada masa dan ruang untuk hadir di Tayangan Premiere FOCUS bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas, haa bolehlah join peraduan kat bawah ni. Mesti meriahkan menonton filem ni ramai-ramai, kan?
Jadi, ini satu-satunya peluang untuk korang menonton #FocusMovie di #PremiereWithBudiey sebelum ianya dibawa ke pawagam. Kalau nak tahu, filem FOCUS akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 26 Februari 2015.
Sinopsis Filem FOCUS:
A veteran grifter takes a young, attractive woman under his wing, but things get complicated when they become romantically involved.
Nicky: “There’s two kinds of people in this world. There’s hammers and nails. You decide which want you want to be.”
– FOCUS (2015)
Peraduan Tayangan Premiere Filem FOCUS
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Warner Bros. Pictures ingin menghadiahkan 120 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
24 Februari 2015 (Hari Selasa)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
8.45 malam
Tempat:
TGV 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere FOCUS – Budiey.com di TGV 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #FocusMovie
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #FocusMovie kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan dua watak utama dalam filem FOCUS
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere FOCUS – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere FOCUS – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
22 Februari 2015 (Hari Ahad)
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 26 Februari 2015.
Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/user/WarnerBrosPictures
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.