Salam semua Budieyators dan juga pembaca Budiey.com yang budiman,
Bagi memeriahkan lagi acara Premiere With Budiey penghujung bulan Julai 2017 ini, Budiey.com ingin menjemput Budieyators semua bersama selebriti untuk menonton sebuah filem aksi peperangan yang cukup tragik hasil garapan penghasil filem terkemuka, Christopher Nolan yang pastinya korang akan teruja untuk menontonnya. Filem epik yang Budiey maksudkan ialah filem DUNKIRK.
[dropcap]F[/dropcap]ilem DUNKIRK mengisahkan perang antara negara. Dunkirk adalah sebuah kota di Perancis yang saat itu menjadi saksi atas kejadian paling menyeramkan dan juga peristiwa Dunkirk pada tahun 1940.
Pada tanggal 3 Jun 1940, tentera terakhir kesatuan dari Inggeris telah tiba dan akhirnya dinyatakan bahawa operasi Dunkirk telah selesai. Walau bagaimanapun, perdana menteri Churchill memaksa untuk kembali ke kawasan perang untuk membantu tentera Perancis.
Sejauh mana operasi ini berlangsung? Dapatkah Tentera Inggeris dan Tentera Perancis kembali ke negara mereka dalam operasi ini?
Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem penuh dramatik dan aksi DUNKIRK di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.
Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie Hollywood yang dengan drama aksi yang sungguh suspen ni.
Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 20 Julai 2017.
Untuk kalian yang menyukai filem aksi, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.
Peraduan Tayangan Premiere Filem DUNKIRK
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
18 Julai 2017 (Hari Selasa)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.15 malam
Tempat:
MBO The Starling
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere DUNKIRK – Budiey.com di MBO The Starling. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #DunkirkMY
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Hanya followers Budiey.com sahaja yang layak menyertai peraduan ini
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/warnerbrosmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey #DunkirkMY. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #DunkirkMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan seorang pelakon utama filem DUNKIRK
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere DUNKIRK – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Tayangan Premiere DUNKIRK
Tarikh tutup peraduan:
17 Julai 2017 (Hari Isnin)
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Warner Bros Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 20 Julai 2017.
Terima kasih kepada Warner Bros Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.