Bersempena demgan tayangan filem HUNTER KILLER yang akan berada di pawagam mulai 25 Oktober ini, Budiey dengan kerjasama Oneworld Alliance Film mahu mengajak 60 orang pembaca dan selebriti untuk menonton filem yang padat dengan aksi ini.
Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang padat dengan aksi ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?
Untuk info pembaca, filem ini menceritakan misi menyelamat yang dilakukan pasukan kapal selam yang belum diuji terhadap President RusIa yang diculik oleh seorang Jeneral.
Filem ini diarahkan oleh Donovan Marsh yang bekerjasama dengan Arne Schmidt dan Jamie Moss sebagai penulis naskah skrip. Filem ini diadaptasi berdasarkan kisah yang terdapat pada sebuah novel yang berjudul Firing Point (2012) karya George Wallace dan Don Keith.
Filem ini akan dibintangi oleh pelakon ternama iaitu Gerard Butler yang berperanan sebagai Komandan Joe Glass .
Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer HUNTER KILLER yang telah diriliskan di saluran Youtube.
Peraduan Premiere Filem HUNTER KILLER
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Oneworld Alliance Film ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton filem HUNTER KILLER. Tayangan ini akan diadakan pada:
Tarikh:
23 Oktober 2018 (Hari Selasa)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.00 malam
Tempat:
GSC Pavilion KL
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere Filem HUNTER KILLER – Budiey.com di GSC Pavilion KL. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #HunterKillerMY
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #HunterKillerMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan pelakon utama filem HUNTER KILLER
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu menonton dan meramalkan filem HUNTER KILLER kerana – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Premiere Filem HUNTER KILLER – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
22 Oktober 2018
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Oneworld Alliance Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.