Berita baik buat peminat Marvel dan Disney khususnya kanak-kanak, pengeluar Photobook bakal memberi satu juta unit ‘Kids Fun Books’ yang menampilkan karakter popular berkenaan secara percuma. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Photobook Malaysia, Leow Wee Jonn, kolaborasi antara Photobook dan Walt Disney dilihat amat sesuai ketika ini khususnya untuk merancakkan lagi aktiviti kanak-kanak ketika di rumah.
“Kolaborasi ini membolehkan pelanggan kami menghasilkan buku foto mengikut kesukaan mereka. Oleh itu produk ini akan menjadi lebih unik.
“Malah menerusi kolaborasi ini, pengguna berpeluang memasuki ‘dunia’ Disney dengan meletakkan nama, gambar, dan kata-kata kegemaran mereka mengikut citarasa masing-masing,”
– Leow Wee Jonn
Difahamkan, selain karakter Marvel edisi ini turut menampilkan karakter kegemaran ramai termasuk Mickey dan rakan-rakan, Tsum Tsum serta Frozen.
Kesemua karakter ini boleh didapati menerusi rangkaian produk termasuk buku foto, pelekat label, buku nota, tag bag bagaisu, baju, sarung laptop dan lain-lain.
Untuk pemberian ‘Kids Fun Book’ pula, ia telah pun dibuka kepada orang ramai bermula sekarang hingga 31 Mac 2020.
Anda boleh tebus secara eksklusif di aplikasi Photobook dan kesemua barangan akan dihantar selepas 1 April 2020.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://www.photobook.com.my.
Peraduan Merchandise Produk Lifestyle Marvel & Disney dari Photobook
Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!
Untuk anda yang berminat untuk memiliki hadiah ini, apa kata jom sertai peraduan mudah ini untuk memenangi 10 goodie bags yang berisi hadiah di bawah ini:
- 1 X Photo Pillow
- 1 X Luggage Tag
- 1 X Canvas Softcover Notebook
- 1 X Laptop Sleeve 15â€
- 1 X Tube Tumbler
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 10 buah goodie bag kepada Budieyators dan pembaca bertuah.
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Jawab soalan mudah ini:
- Namakan dua karakter yang terdapat dalam kempen ini?
- Nyatakan laman sesawang rasmi Photobook.
- Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya memenangi hadiah ini kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Instagram:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email:
Peraduan Merchandise Produk Lifestyle Marvel & Disney dari Photobook
Tarikh tutup peraduan:
8 Mei 2020
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada DISNEY CHANNEL & Photobook Malaysia serta pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.