Berita baik untuk peminat filem terbitan Disney! Selepas filem aksi sebenar ‘The Jungle Book’, Disney bakal menyajikan satu lagi ceritanya yang paling popular, ‘The Lion King’.
Ia memperlihatkan penyanyi dan pelakon, Daniel Glover yang memegang watak Simba, Beyonce sebagai Nala dan Seth Rogen sebagai si babi hutan, Pumbaa dan Billy Eichner sebagai si meerkat, Timon. Kesemua gabungan penyanyi dan pelakon ini mempunyai peminat setia mereka khususnya yang merindui suara Beyonce. Sudah tentu tak nak lepaskan peluang menonton filem ini, bukan?
Watak bapa singa, Mufasa pula akan dimainkan oleh pelakon yang menyumbang suara untuk watak sama dalam filem animasi terbitan 1994 dahulu, iaitu James Earl Jones.
Malah, dua watak baharu akan diperkenalkan, iaitu Azizi yang akan dimainkan oleh Eric Andre serta Kamari yang bakal dijayakan Keegan-Michael Key.
Info & Sinopsis Filem Disney’s The Lion King
Filem drama muzikal ‘live action’ ini adalah adaptasi dari filem animasi klasik Disney pada tahun 1994 dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang singa bernama Simba dan pengembaraannya menjadi raja, yang bukanlah mudah sebagaimana pakciknya mempunyai rancangan sendiri untuk mengambil alih tahkta. Pertarungan untuk Pride Rock menyebabkan Simba dibuang tetapi dengan bantuan dua rakan baru, dia kembali untuk mengambil haknya.
Disney’s Aladdin diarahkan oleh Jon Favreau dan dibintangi oleh pelakon yang sangat hebat dan terkenal seperti Donald Glover, Seth Rogen, Chiwetel Ejiofor, Alfre Woodard, Billy Eichner, John Kani, John Oliver, Beyonce Knowles, James Earl Jones dan ramai lagi.
Disney’s Aladdin ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 17 Julai 2019.
Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Disney’s The Lion King
Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com.
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheLionKingMY
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah barangan Premium Edisi Terhad ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
3. Jawab soalan mudah ini:
- Apakah yang mungkin berlaku berdasarkan kejadian di minit 1:00 dalam trailer filem ini: https://youtu.be/BTPh61a2qBA
- Namakan penerbit filem Disney’s The Lion King.
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu menang peraduan Disney’s The Lion King kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Instagram:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem Disney’s The Lion King
Tarikh tutup peraduan:
1 Ogos 2019
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 17 Julai 2019.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.