Selepas kejayaan menganjurkan Konsert SimplySiti, dua tahun lalu, Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM akan menganjurkan konsert amal iaitu Konsert Destini dua hari berturut-turut iaitu pada 20 dan 21 Disember 2013.
[dropcap]K[/dropcap]onsert yang bakal berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam ini akan menampilkan barisan artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search, Hafiz AF, Jaclyn Victor, Adira dan Dayang Nurfaizah serta penampilan istimewa daripada artis seberang iaitu Rossa dan Pasha Ungu. Edrie Hashim dipilih untuk menjadi pengarah muzik untuk konsert ini.
Artis Popular Bakal Perform di Konsert Destini
[dropcap]O[/dropcap]bjektif utama konsert amal ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan daripada luar bandar, pedalaman dan miskin bandar termasuk anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
[pullquote align=”right”]Untuk konsert kali ini, YDAB mensasarkan jumlah kutipan RM2juta. Melihat senarai artis dan sambutan awal, apabila tiket berharga RM1,000 habis dijual, penganjur yakin konsert ini mampu mencapai matlamat.[/pullquote]
Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali berharap agar sumbangan daripada hasil wang jualan tiket konsert amal ini mampu mengurangkan bebanan sekaligus dapat membantu dalam mengubah destini mereka pada masa akan datang.
Dalam memberi ruang untuk menyalurkan bantuan serta merapatkan jaringan YDAB dengan pelbagai agensi kerajaan, organisasi korporat serta syarikat swasta dan orang persendirian, Konsert Destini memberi tawaran pakej-pakej tajaan serta pulangan tajaan seperti Platinum (RM100,000 dan ke atas), Diamond (RM80,000 – RM99,000), Gold (RM30,000 – RM79,000), Silver (RM10,000 – 29,000) dan Tajaan Terbuka atau Persendirian (tidak kurang dari RM5000 dan tidak lebih dari RM10,000).
Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, berkata konsert julung kali diadakan itu bertujuan mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa.
“Kita berharap dapat menggunakan dana terbabit bagi membiayai tabung derma siswa membantu pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar, pelajar luar bandar serta anak Orang Asli. Ini adalah konsert pertama dianjurkan dalam memastikan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dapat berjalan lancar.”
Orang ramai, agensi atau syarikat korporat yang berminat menyertai konsert ini boleh menghubungi Unit Pemasaran Konsert Destini di talian 03-79622186 atau 019-6704734.
Berikut adalah info tentang Konsert Pelangi Untukmu :-
Tarikh: 20 dan 21 Disember 2013
Lokasi: Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam
Masa: 8.00 malam
Peraduan Menangi Tiket Menonton Konsert Destini
[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, sebagai Blog Rasmi Konsert Destini ini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat kepada penghibur yang akan perform nanti untuk berhibur dengan alunan suara mantap barisan penghibur terkenal seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search, Hafiz AF, Jaclyn Victor, Adira, Dayang Nurfaizah, Rossa dan Pasha Ungu pada 20 dan 21 Disember 2013 nanti di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam.
Budiey ada 50 tiket untuk diberikan kepada 25 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Konsert Destini di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila LIKE Fanpage Rasmi Konsert Destini : www.facebook.com/KonsertDestini , Follow Twitter Konsert Destini: @KonsertDestini & Instagram: Konsert Destini & hashtag #KonsertDestini
3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:
- Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
- Hantar slogan itu ke emel budiey.
- Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & @konserdestini
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertDestini. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Saya mahu ke #KonsertDestini bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)
4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertDestini. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu ke #KonsertDestini bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Soalan 1:
1. Namakan pelawak yang akan menjadi pengacara Konsert Destini?
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu sangat ke Konsert Destini kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Menonton Konsert Destini
Tarikh tutup peraduan:
17 Disember 2013
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
- Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
- Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
- Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.