in , ,

Peraduan Menangi Tiket Menonton Filem JOKER: FOLIE A DEUX

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari portal ini! Apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah tiket menonton yang ditawarkan.

Adakah anda berminat untuk menghadiri Tayangan Istimewa filem psychological thriller dan drama yang sangat dinantikan, JOKER: FOLIE A DEUX? Filem ini menawarkan pengalaman yang cukup istimewa kepada pembaca Budiey.com, di mana anda berpeluang menonton filem ini lebih awal daripada tarikh tayangan umum. Tayangan Istimewa ini akan diadakan pada 2 Oktober 2024, memberikan anda kesempatan eksklusif untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan filem ini.

Selain Joaquin Phoenix dan Lady Gaga, JOKER: FOLIE A DEUX turut dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Zazie Beetz, Ken Leung, Catherine Keener, Brendan Gleeson, dan ramai lagi. Todd Phillips kembali sebagai pengarah, setelah berjaya membawa Joker kepada kejayaan besar pada tahun 2019. Dengan penglibatan nama-nama besar dalam filem ini, harapan peminat semakin tinggi.

JOKER: FOLIE A DEUX

Selain membawa penonton menyelami kisah cinta yang rumit antara Joker dan Harley Quinn, filem ini juga mendalami isu kesihatan mental, cinta yang toksik, dan kuasa transformasi melalui muzik. Tajuk Folie à Deux sendiri merujuk kepada keadaan psikiatri di mana dua individu dalam hubungan rapat berkongsi delusi yang sama. Ini memberikan konteks yang mendalam kepada hubungan antara Arthur dan Lee, yang akhirnya bergabung dalam ilusi cinta mereka yang merosakkan.

Jika anda berminat untuk hadir, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Menjadi salah satu penonton terawal untuk menyaksikan filem yang bukan sahaja penuh dengan aksi dan psikologi thriller ini.

JOKER: FOLIE A DEUX

Sinopsis Filem JOKER: FOLIE A DEUX

Kisah Joker: Folie à Deux mengambil tempat dua tahun selepas kejadian dalam filem pertama. Kali ini, Arthur Fleck, yang telah gagal sebagai pelawak dan kini dikenali sebagai Joker, menjadi pesakit di Arkham Asylum. Di sini, Arthur bertemu dengan Lee Quinzel (Lady Gaga), seorang ahli terapi muzik. 

Perlahan-lahan, hubungan pelik antara mereka bertukar menjadi kisah cinta yang meresahkan. Lee, yang akhirnya berubah menjadi Harley Quinn, menyertai Arthur dalam perjalanan romantik yang penuh bahaya dan psikologi yang gelap.

Filem ini akan berada di pawagam mulai 3 Oktober 2024 (Rated 18).

Peraduan Tayangan Istimewa Filem JOKER: FOLIE A DEUX

Budiey Channel ingin menghadiahkan 24 tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan istimewa yang cukup eksklusif ini. Acara tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:: 2 Oktober 2024 (Rabu)

Masa Pendaftaran: 7:30 malam

Masa Tayangan : 8.45 malam

Lokasi : TGV 1 Utama

Sebanyak 24 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda yang mahu menyertai peraduan ini hanya perlu menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Istimewa JOKER: FOLIE A DEUX di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #JokerMovie

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Channel dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama yang membintangi filem JOKER: FOLIE A DEUX

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem JOKER: FOLIE A DEUX kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem JOKER: FOLIE A DEUX- Budiey Channel 

Tarikh tutup peraduan: 1 Oktober 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Warner Bros Malaysia di atas hadiah tiket dan kolaborasi ini. 

JOKER: FOLIE A DEUX
JOKER: FOLIE A DEUX

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama ‘Hai Cinta, Dengarkanlah!’ Cahaya Antara Dua Pilihan Hati

DJ Sonic Dedah Sikap Sebenar Fazura, Insan Baik Hati & Penyayang