Selepas berkecimpung hampir 42 tahun dalam industri muzik tempatan, inilah kali pertama Salamiah Hassan mengadakan konsert dan lebih menarik lagi ia diadakan khas untuk para peminat yang telah lama menyokong kariernya sebagai anak seni selama ini.
[pullquote]Konsert Gelombang Salamiah Hassan bakal diadakan pada 10, 11 dan 12 Januari 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya jam 8.30 malam.[/pullquote]
Akan dibahagikan kepada 6 segmen, Konsert Gelombang Salamiah Hassan turut menampilkan Atilia sebagai penyanyi jemputan. Elemen klasik menjadi taruhan kepada pembikinan konsert yang boleh dilabelkan sebagai ‘perjalanan empat dekad’ Salamiah Hassan dalam dunia seni suara.
Konsert itu juga menampilkan nama-nama besar seperti Raja Azmi sebagai penerbit, Pat Ibrahim selaku Pengarah, Aubrey Suwito pula bakal mengambil tempat sebagai Pengarah Muzik dan Raja Malek, Penata Seni.
Bagaimanapun, akui Salamiah walaupun sudah hampir lima dekad bergelar penyanyi dia masih merasa gentar untuk mengadakan konsert.
“Konsert Gelombang ini adalah sesuatu yang paling bermakna buat saya dan sudah tentu demi peminat saya akan melakukan yang terbaik dan mereka juga pasti mengharapkan ‘sesuatu’ daripada saya. Sudah lama saya pendam untuk mengadakan konsert, akhirnya impian itu tercapai. Terima kasih buat sahabat saya Raja Azmi kerana ‘berani’ memujuk saya untuk bersetuju dengan konsert ini.”
Pernah menghasilkan 9 buah album EP, 4 album studio, 3 album runut bunyi dan satu album khas iaitu Bakat TV 1971, Salamiah Hassan bakal menerbitkan satu album baru yang akan dilancarkan pada 8 Januari 2014 semasa konsert tersebut. Album yang diberi tajuk ‘AKU’ merupakan sebuah album yang menghimpunkan lagu-lagu terbaiknya serta lagu-lagu melayu klasik lama yang diberi nafas baru oleh penerbit dan pengarah muzik Aubrey Suwito.
Selain dikenali sebagai artis rakaman, Salamiah Hassan juga merupakan penyanyi lagu-lagu iklan tv, atau jingles. Antara iklan tv yang menggunakan suaranya sebagai jingles ialah iklan Nescafe, Paddle Pop dan banyak lagi. Penggemar muzik melayu klasik dan peminat Salamiah Hassan, jangan lupa untuk menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan bermula 10-12 Januari 2014.
Dapatkan potongan sebanyak 20% jika anda membeli tiket pada hari ini. Untuk menempah secara online konsert ini, boleh layari www.ticket2u.biz atau hubungi talian hotline 03- 4147 8600 / 019-211 1600.
Peraduan Menangi Tiket Konsert Gelombang Salamiah Hassan
[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, sebagai Blog Rasmi Konsert Gelombang Salamiah Hassan ini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat kepada penghibur Salamiah Hassan.
Pemenang tiket konsert ini akan berpeluang menyaksikan persembahan pada malam prebiu iaitu pada 8 Januari 2013 ini di Istana Budaya.
Budiey ada 40 tiket untuk diberikan kepada 20 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Konsert Gelombang Salamiah Hassan di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom
3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:
- Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
- Hantar slogan itu ke emel budiey.
- Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & @KonsertSalamiahHassan
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertSalamiahHassan. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Saya mahu ke #KonsertSalamiahHassan bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)
4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertSalamiahHassan. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu ke #KonsertSalamiahHassan bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke Konsert Salamiah Hassan kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Konsert Gelombang Salamiah Hassan
Tarikh tutup peraduan:
8 Januari 2013
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
- Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
- Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
- Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Akid Productions kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.