Nah! Ini adalah hadiah Budiey kepada pembaca setia blog ini!Â
[dropcap]A[/dropcap]nda pengikut setia filem bermutu dari Showbiz Productions Sdn. Bhd.? Anda teruja menantikan Hantu Tok Mudim berada di pawagam? Anda mahu menghadiri Majlis Gala Filem Hantu Tok Mudim bersama para pelakon utama seperti Izzue Islam, Soffi Jikan dan ramai lagi?
Ya, ini sahaja peluang anda untuk menjadi penonton pertama yang menonton filem seram komedi! Sebagai pemerhati perkembangan filem, Budiey juga seperti korang semua, turut merasa teruja untuk jadi penonton pertama dan tak sabar nak menantikan respon orang ramai khususnya anda semua yang suka lepak di laman sosial.
Filem Hantu Tok Mudim bakal berkhatan di pawagam mulai 21 November 2013.
Sinopsis Filem Hantu Tok MudimÂ
Tok Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang memiliki rahsia peribadi.
Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Tok Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang mencemburui Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang sabotaj untuk operasi malam tersebut.
Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam itu, mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Toq Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian.
Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut
Filem bergenre seram komedi yang bakal ditayangkan adalah berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan. Kelibat Hantu Tok Mudim akan menghantui hujung minggu anda, dengan penampilan khas Hantu Tok Mudim di pawagam-pawagam terpilih, bagi memeriahkan lagi promosi filem ini bermula pada 15 November ini.
Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem Hantu Tok Mudim
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Showbiz Productions Sdn. Bhd. ingin menghadiahkan 50 keping tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di Malam Gala ini:
Tarikh:Â 19 November 2013
Masa:Â 8.00 malam
Tempat:Â Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara
[pullquote align=”right”]50 keping tiket perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda![/pullquote]
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan hanya mencipta slogan dengan gaya yang paling kreatif. Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Malam Gala Filem Hantu Tok Mudim bersama selebriti jemputan.
Ingat hashtag ini: #HantuTokMudim
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, jika anda mahu menyertai Majlis Gala Hantu Tok Mudim.
ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:
- Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
- Hantar slogan itu kepada emel budiey.
- Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & @izzueislam.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #HantuTokMudim. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Saya mahu menonton #HantuTokMudim dgn @izzueislam & @budiey sbb…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
3. Sila emelkan slogan anda itu:
Slogan: Saya mahu menonton #HantuTokMudim dgn @izzueislam & @budiey sbb…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan slogan anda kepada:
dengan tajuk email:Â Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem Hantu Tok Mudim – Budiey.com
Tarikh tutup peraduan:
17 November 2013
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Showbiz Productions Sdn. Bhd. dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 21 November 2013.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.