Peraduan Menangi Tiket FanZone Konsert Twin Tower ALive 2013
Konsert Twin Tower @Live 2013 akan berlangsung di Plaza KLCC pada 22 & 23 Mac 2013 mulai jam 5 petang hingga 2 pagi. Antara artis yang akan buat persembahan ialah Backstreet Boys, Demi Lovato, U-Kiss, 2NE1, K-Town Clan, Project Elementz, Stylo Alive, Atilia, Mizz Nina, One Nation Emcees, Caprice, Dem Lepak Boyz, DJ Tatsuro, DJ Face dan ramai lagi.
Kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,
[pullquote align=”right”]Budiey tahu, ramai pembaca yang tak sabar untuk memenangi sepasang tiket Fanzone dari Budiey.com[/pullquote]
Budiey ingin memberi peluang kepada anda untuk berhibur di konsert ini secara dekat dengan pentas dengan menyertai peraduan Menangi Tiket FanZone Konsert Twin Tower ALive 2013.
Budiey ada 20 tiket Fanzone untuk hari pertama iaitu 22 Mac dan 20 tiket Fanzone untuk hari kedua iaitu 23 Mac untuk diberikan kepada 20 orang pembaca Budiey.com  (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
3. Sila LIKE Fanpage Rasmi Twin Towers: www.facebook.com/TwinTowersAlive & www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #TwinTowerAlive. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu ke #TwinTowerAlive kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Soalan 1:
1. Namakan dua artis antarabangsa yang akan perform di #TwinTowerAlive
Soalan 2:
2. #TwinTowerAlive diadakan sempena….?
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Slogan: Saya mahu ke #TwinTowerAlive kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email:Â Peraduan Menangi Tiket FanZone Konsert Twin Tower ALive 2013
Tarikh tutup peraduan:
20 Mac 2013
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
- Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
- Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
- Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.