in ,

Peraduan Menangi Pass Anugerah Industri Muzik 20

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti – Budiey.com,

Anugerah Industri Muzik ke-20 akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 14 Disember 2013 bermula dengan siaran secara langsung acara ‘Karpet Glamor AIM 20’ pada pukul 8:30 malam disusuli siaran langsung majlis penyampaian anugerah AIM 20 pada pukul 9:00 malam secara eksklusif di Astro RIA (Saluran 104) serta siaran serentak di Maya HD (Saluran 135).

#BudieyDotCom dapat jemputan khas VIP utk menghadiri Anugerah Industri Muzik ke-20. Terima kasih RIM. Good luck kpd semua calon-calon & semua yg menjayakan #AIM20 .

[pullquote align=”right”]Anda akan dihiburkan dengan persembahan hebat dari vokal mantap Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris, Aizat dan kehadiran dua penyanyi Indonesia, Datuk Rossa serta Afgan, Budiey kira AIM20 kali ini pasti akan menghiburkan penonton.[/pullquote]

Sebanyak 17 kategori akan dipertandingkan di AIM20 kali ini. Senarai akhir 5 calon teratas menyaksikan Hafiz Suip, Hazama dan Amir Jahari mendahului calon-calon lain menerusi 4 pencalonan masing-masing dalam pelbagai kategori yang disertai. Sementara itu, kategori anugerah yang menjadi tumpuan ramai, ‘Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki dan Wanita)’ melihat kemasukan pendatang baru, Ronnie dari kumpulan Hyper Act dan Najwa Mahiaddin bersaing di kalangan nama-nama besar industri muzik seperti Faizal Tahir, Hafiz Suip, Dato’ Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor dalam kedua-dua kategori tersebut.

Dengan penambahan kategori baru, ‘Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di dalam Lagu’, senarai calon akhir menyaksikan paduan suara penyanyi-penyanyi ternama tanahir di dalam lagu-lagu popular semasa termasuk “Sedetik Lebih” gandingan Anuar Zain & Dayang Nurfaizah, “In Love With You” dendangan Noh Salleh & Aizat Amdan dan “Lari’ yang dibawa Sleeq & Hazama.

Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi bakal bergandingan dengan pelakon dan pelawak hebat, Ahmad Nabil Ahmad untuk menerajui pentas pengacara dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20. Pada tahun ini, AIM dengan tema Meraikan Kemuncak Segalanya dan tema pakaian Elegance Black Tie. Siaran secara langsung acara ‘Karpet Glamor AIM 20’ pada pukul 8:30 malam akan dikendalikan oleh Hefny Sahad dan Dahlia Shazwan.

Sementara itu, anda akan dihiburkan dengan persembahan hebat dari vokal mantap Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris, Aizat dan kehadiran dua penyanyi Indonesia, Datuk Rossa serta Afgan, Budiey kira AIM20 kali ini pasti akan menghiburkan penonton.

AIM 20 turut diserikan dengan barisan penyampai antaranya Adi Putera, Nabila Huda, Erra Fazira, Datuk M. Nasir, Amy Search dan ramai lagi.

Pastinya ramai pembaca tengah tercari-cari tiket untuk menonton secara live kan?

Anugerah Industri Muzik 20

Menangi Pass Anugerah Industri Muzik 20

[dropcap]K[/dropcap]epada pembaca yang mahu menonton secara live di Stadium Putra, Bukit Jalil, Budiey ingin memberikan kepada anda 100 keping pass menonton AIM20 secara live di Stadium Melawati kepada 50 orang pembaca (setiap pembaca yang menang dapat 2 keping tiket).

Ingat hashtag ini: #AIM20

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu dapatkan pass anda boleh juga komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook ini: www.facebook.com/Anugerah.Industri.Muzik.Official

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #AIM20. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #AIM20 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Budiey ada 100 tiket Anugerah Industri Muzik ke 20 yg akan berlangsung malam ni. Siapa nak tiket #AIM20, layari #BudieyDotCom sbb masih ada tix extra utk korang. #Budieyators #SensasiSelebriti

3. Sila emelkan slogan anda itu:

Slogan: Saya mahu hadir di #AIM20 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jangan lupa sertakan jawapan yang betul untuk soalan di bawah:

Soalan 1:
2. Sebutkan 2 orang pengacara AIM20?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Industri Muzik Ke-20 secara live kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Pas Anugerah Industri Muzik 20

Tarikh tutup peraduan:
10 Disember 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Tiket perlu diambil dari Budiey sebelum jam 7 malam atau sebelum AIM18 berlangsung.
  6. Keputusan juri adalah muktamad.
  7. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Layari: www.aim.org.my

PC Backdrop

AIM 20 Ticket - Lower Tier (Final)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Mengapa Filem Cinderella Hanya Ditayang Di Pawagam

Gambar Majlis Resepsi Persandingan Rozita Che Wan & Zain Saidin