in

Peraduan Menangi Coca Cola Limited Edition Heritage Bottle Set

Semarakkan Semangat dengan Coca-Cola

Baru-baru ini, Budiey dapat tahu yang produk minuman berjenama No. 1 di dunia telah mengalu-alukan warga Malaysia untuk melepaskan keinginan terpendam untuk menaiki menara gading melalui kempen “Buka Coca-Cola, Buka Semangat” yang bakal menerangi skrin LED berwarna yang terbesar di dunia di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Jom tonton video : Coca-Cola Building Illumination in Malaysia

Dengan skrin tayangan seluas 11,500 m2 yang cukup menggerunkan, Malaysia merupakan negara pertama di luar Amerika Syarikat yang mengacarakan tayangan video Coca-Cola istimewa ini berikutan pelancarannya yang telah diadakan di bangunan 26 tingkat ibu pejabat The Coca-Coca Company di Atlanta pada bulan Mei yang lepas.

Coca-Cola Malaysia juga syarikat swasta yang pertama untuk menggunakan skrin LED berukuran 134m tinggi, 88m lebar ini di PWTC untuk membolehkan video animasi Coca-Cola 5 minit panjang itu dinikmati penonton yang berada sejauh 10km daripadanya pada malam yang jernih. Dari 4 hingga 10 November, video itu akan menceriakan kota raya pada permulaan setiap jam dari 8 malam hingga 2 pagi.

Demi memeriahkan lagi suasana, Coca-Cola menjemput orang awam untuk menangkap gambar Menara Dato’ Onn dengan skrin gergasi tersebut, dan memuat naik foto itu bersertakan slogan yang sesuai untuk mencerminkan semangat dan tenaga positif yang terjana pada malam-malam berkenaan.

Pertandingan foto dan slogan terbaik ini bermula 4 November hingga 13 November dengan menawarkan 10 hadiah istimewa pada setiap hari dalam jangka masa itu, iaitu edisi terhad set Coca-Cola Heritage, yang terdiri daripada dua replika botol minuman

Coca-Cola – satu dalam bentuk keluaran julung kalinya pada tahun 1886, dan satu lagi dalam bentuk moden dan bergaya yang diperbuat daripada aluminium. Untuk maklumat mengenai syarat pertandingan dan cara meyerahkan karya masing-masing, layarilah laman Coca-Cola di Facebook.

Antonio del Rosario, Pengurus Besar Rantau Malaysia-Singapore-Brunei, The Coca-Cola Company, menyuarakan kegembiraannya, “Tahun ini amat mengujakan bagi Coca-Cola kerana telah berjaya membangunkan tapak kemudahan pembotolan minuman di negara ini. Kilang baru di Negeri Sembilan ini akan menjadi mercu tanda sejarah pengeluaran pelbagai minuman kami selain Coca-Cola, seperti Sprite, Fanta, Schweppes, A&W Sarsaparilla, minuman buah-buahan Minute Maid and air minuman Dasani.”

Coca-Cola bukan sahaja menyegarkan peminatnya dengan minuman yang sedap, tetapi juga menarik minat mereka dengan kempen pengiklanan yang kreatif. Tidaklah menghairankan jenama ikonik ini tersemat di sanubari setiap insan di seluruh dunia buat sekian lama. Kempen “Buka Coca-Cola, Buka Semangat” yang memperagakan tayangan agam tersebut menjadi bukti kepada semangatnya yang berkobar-kobar untuk menerajui pasaran kreatif di rantau ini.

Coke

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey ingin memberikan kepada anda 2 SET Coca Cola Limited Edition Heritage Bottle Set yang ditaja oleh Coca Cola untuk setiap pemenang yang dapat melengkapkan slogan ini:

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Tell us your fondest Coke memories in less than 100 words (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Coca Cola Limited Edition Heritage Bottle Set

Tarikh tutup peraduan:
30 November 2011

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat untuk memenangi hadiah yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Hadiah yang dimenangi akan dihantar terus kepada pemenang di alamat yang diberikan
  9. Keputusan juri adalah muktamad.
  10. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  11. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.
  12. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Terima kasih kepada COca Cola yang sudi menaja hadiah untuk pembaca Budiey.com.

Coke

Coke

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Set Cenderahati Musim Perayaan dari Elianto

Sinopsis Filem Bujang Terlajak