Adakah anda salah seorang peminat SHAE? Sekiranya jawapan anda YA, sila buktikan kepada kami sejauh mana anda meminati penyanyi lagu ‘Sayang’ ini.
Snapkan gambar anda yang paling kreatif dengan menginspirasikan fesyen yang digayakan oleh SHAE!
5 penyertaan yang paling mirip dengan SHAE akan memenangi T-shirt rasmi SHAE – THE FIRST edisi terhad!
Bagaimana cara untuk menyertai peraduan ini? Sila ikuti arahan seperti di bawah :
1) ‘Like’ laman Facebook rasmi Warner Music Malaysia.
2) Emailkan gambar anda yang paling kreatif dengan menginspirasikan fesyen yang digayakan oleh SHAE bersama butiran peribadi (Nama penuh, nama akaun Facebook, alamat penuh, no telefon) ke [email protected]
3) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15hb April.