Ianya “game time” dengan pelancaran rasmi #YesToRio, satu peraduan permainan dalam talian baharu anjuran Yes, rangkaian 4G terbesar di Malaysia, sempena meraihkan pertandingan bola sepak sedunia yang paling dinanti-nantikan tahun ini. Peraduan dalam talian ini, kini terbuka di seluruh negara, akan berlangsung sehingga 31 May 2014 dan dua juara terakhir akan ditaja sepenuhnya untuk menyaksikan pertandingan terakhir pertandingan bola sepak sedunia secara langsung di Rio de Janeiro, Brazil.
YES MEMERIAHKAN LAGI BAHANG KEHANGATAN DEMAM BOLA SEPAK DENGAN PERADUAN #YESTORIO
[dropcap]P[/dropcap]eraduan #YesToRio terdiri daripada tiga permainan web yang direka khas dengan ciri-ciri yang pasti disukai orang ramai. Permainan pertama peraduan ini adalah “What-A-Save!”, diikuti seterusnya dengan “The Big Match” dan “G-G-G-Goal!” yang akan dilepaskan kemudian secara berikutan sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung. Dalam ketiga-tiga permainan ini, permain dikehendaki berlawan dengan Bob Si Pengadil (Bob The Referee) yang perengus untuk skor sebanyak markah semungkin.
[pullquote]Pembekal perkhidmatan jalur lebar melancarkan peraduan permainan bola sepak dalam talian di seluruh negara sempena meraihkan pertandingan bola sepak sedunia yang paling dinanti-nantikan tahun ini. Peraduan #YesToRio dijadikan salah satu cara untuk Yes memeriahkan lagi demam bola sepak bersama-sama semua pelanggan Yes dan warganegara Malaysia. Dua pemenang akan dikurniakan peluang untuk menyaksikan pertandingan terakhir bola sepak sedunia terbesar di Rio de Janeiro, Brazil.[/pullquote]
Bagi pelanggan Yes, mereka berpeluang menikmati faedah-faedah istimewa apabila mereka mencuba permainan-permainan #YesToRio. Antara salah satu faedah istimewa yang khas untuk pelanggan Yes sahaja termasuk pemberian bonus 10% atas skor permainan mereka bagi setiap pusingan dan bonus reload bagi setiap pembelian Yes Credit, Valuepack, Datapack, Campuspack dan SuperBoosterTM.
Sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung, tiga pemain dengan skor yang tertinggi bagi setiap minggu berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik berupa barangan sukan ekslusif termasuk jersey sukan dengan autograf original pemain-pemain bola sepak termasyur, bola sepak atau backpack sukan. Pada penghujung tempoh peraduan ini sebanyak tiga puluh pemain dengan skor yang tertinggi daripada ketiga-tiga permainan dalam talian seperti yang tercatat dalam skor leaderboard #YesToRio, akan dijemput untuk menyertai acara terakhir #YesToRio yang akan berlangsung di Jun 2014. Di sanalah mereka akan berlawan sesama sendiri untuk menentukan dua juara terakhir peraduan ini.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini, atau hendak mencuba permainan-permainan dalam talian #YesToRio, boleh mengunjungi laman web rasmi peraduan ini di http://www.yes.my/YesToRio. Permain juga dikehendaki menekan butang “like” Facebook Yes sebelum mencuba permainan-permainan dalam talian tersebut.
Seandainya mereka adalah pelanggan Yes, masukkan butiran Yes ID ke dalam borang penyertaan untuk menikmati faedah-faedah istimewa yang disediakan khas untuk pelanggan Yes sahaja. Permainan-permainan dalam talian dalam #YesToRio adalah terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mencuba, namun pemain yang berusia 18 tahun ke atas sahaja layak untuk menyertai peraduan #YesToRio untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Wing K. Lee dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jacob Yeoh hadir bersama di pusat membeli-belah Lot 10 untuk merasmikan pelancaran peraduan #YesToRio.
“Dengan satu-satunya pertandingan terbesar bola sepak sedunia semangkin hampir, kami di Yes ingin meraihkan lagi bahang kehangatan demam bola sepak bersama-sama semua pelanggan Yes dan warganegara Malaysia dengan peraduan dalam talian baharu kami yang berjudul #YesToRio. Apabila kita berbicara tentang bola sepak, ianya satu sukan yang telah diintegrasikan dalam kehidupan seharian semua warganegara Malaysia tanpa mengira umur, bangsa atau agama. Dengan #YesToRio, kami di Yes bersedia membawa lebih daripada sekadar membekalkan perkhidmatan Internet kepada orang ramai. Kami bersedia membawakan juga keseronokan sukan bola sepak kepada semua, tanpa mengira sama ada mereka adalah peminat bola sepak atau tidak. Dengan adanya peraduan dalam talian #YesToRio, Yes berpeluang berhubung dengan semua peserta peraduan di seluruh Malaysia tanpa wujudnya sebarang rintangan atau sempadan. Keadaan tanpa sempadan ini membenarkan semua peserta berkongsi minat bola sepak sesama sendiri dan pada masa yang sama, juga memberikan mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa.” – Wing Lee
“Permainan-permainan dalam talian #YesToRio boleh dimainkan menggunakan pelbagai jenis alat-alat elektronik, termasuk telefon bimbit dengan skrin sentuh, tablet, laptop dan komputer desktop. #YesToRio boleh dimainkan bila-bila masa dan di mana sahaja selagi mereka mempunyai akses ke Internet. Ini terbukti Yes mampu membawakan bola sepak kepada capaian jari anda bila-bila masa sahaja.” – Wing Lee
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan #YesToRio, sila melayari laman web rasmi peraduan tersebut dan merujuk kepada laman FAQ di http://www.yes.my/YesToRio/FAQ, atau sila mengunjungi kedai Yes terdekat anda.
Tentang Yes
Yes, sebuah jenama YTL Communications Sdn Bhd (793634-V), menawarkan internet mudahalih 4G terpantas dengan suara. Sebagai pemenang Broadband InfoVision Awards dalam kategori ‘Best New Service’ pada tahun 2011 and ‘Best Broadband Cloud’ pada tahun 2013, ‘Most Innovative Service Provider of the Year 2012′ dan ‘Most Promising Telecom Service Provider of the Year 2013’ dari Frost & Sullivan, dan ‘Most Enterprising Cloud Offering’ dari Telecoms.com pada tahun 2014, Yes merupakan perintis global 4G mudahalih serta syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk menawarkan internet mudahalih dan suara di dalam satu pelan. Yes menawarkan kadar terendah untuk servis mudahalih dan setakat ini merangkumi lebih dari 85% daripada semenanjung Malaysia dengan pengembangan berterusan rangkaian di Malaysia Timur. Dengan rangkaian 4G yang hebat dan servis mudahalih yang ditumpukan sepenuhnya, Yes ialah antara rangkaian wayarles yang tercanggih di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.yes.my.
Tentang YTL Communications Sdn Bhd (793634-V)
YTL Communications Sdn Bhd merupakan subsidiari dan cabang komunikasi YTL Power International Berhad dan sebahagian daripada YTL Corporation Berhad Group. Syarikat ini menawarkan servis bertaraf dunia dengan harga berpatutan, yang menolong warga Malaysia hidup, belajar dan beriadah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ytlcomms.my.