JOOX, telah menyediakan para pendengarnya dengan lagu-lagu hits dan pemegang carta sejak 3 tahun yang lalu! Bersempena dengan ulang tahun ketiga mereka dan IN Festival : Influencers 2018, JOOX ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat mereka menerusi Tremendous JOOX Live Concert pada Sabtu, 22 September, dari pukul 7.30 malam di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Peminat aplikasi muzik popular ini bakal berhibur dalam suasana pesta bersama-sama penyanyi kegemaran Malaysia iaitu Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish, Akim and The Majistret dan Uriah See!
JOOX juga turut menyediakan aktiviti yang menyeronokkan, termasuk JOOX P2P Live, yang membolehkan anda merasai P2P secara langsung dan bertemu artis / VJ kegemaran anda seakan di studio, pada hari IN Festival: Influencers 2018 pada 22 September dan 23 September, dari 11 pagi hingga 10 malam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Terdapat juga booth karaoke, video mini VOOV, (di mana pengunjung boleh membuat video mini!) Dan putaran percuma ‘wheel of fortune’ (terma dan syarat dikenakan).
Jangan lupa untuk singgah sebelum konsert bermula mendapat beberapa hadiah percuma atau mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah Hadiah Utama serta bertemu dengan Social Influencers dari seluruh Asia Tenggara!
Muat turun sekarang untuk memulakan jelajah muzik premium anda mulai hari ini!
Peraduan Menang Tiket Konsert Tremendous JOOX Live Anjuran JOOX
[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat dan pengguna JOOX. Budiey ada 20 tiket untuk diberikan kepada 10 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan konsert ini di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom #jooxmy #joox #3mendousjoox #3mendousconcert
3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:
- Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
- Hantar slogan itu ke emel budiey.
- Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #jooxmy #joox #3mendousjoox #3mendousconcert. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Saya mahu ke #3mendousjoox bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)
4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #3mendousjoox. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu ke #3mendousjoox bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke Konsert Tremendous JOOX Live kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Tremendous JOOX Live Concert Anjuran JOOX
Tarikh tutup peraduan:
20 September 2018
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
- Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
- Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
- Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada JOOX & Universal Music Malaysia kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.