in ,

Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2014

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Anugerah berprestij yang menjulang bakat dan mengiktiraf penggiat seni & karyawan tanahair, Anugerah Skrin 2014 bakal berlangsung tak berapa lama lagi. Hanya empat hari saja lagi. Budiey percaya, pembaca budiey.com di luar sana ramai yang tertanya macamana nak dapatkan tiket untuk menonton ASK2014 secara live ya. Yea, seperti tahun-tahun sudah, Budiey ada sediakan tiket untuk pembaca setia.

Anugerah Skrin 2014 akan berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC pada 7 November 2014, hari Jumaat jam 9 malam bersiaran langsung di TV3.

Untuk kali ini, Budiey nak berikan kepada anda untuk merasai tempat duduk VIP dengan membuka peluang kepada pembaca semua yang nak menonton Anugerah Skrin 2014 secara live kat Dewan Merdeka, PWTC. Sebelum itu, acara red carpet akan bermula pada jam 7.30 malam. Budiey ada 2 pasang tiket VIP (4 keping) dan 10 keping tiket tempat duduk biasa. Amacam okay?

anugerah skrin 2014

Anugerah Skrin 2014 Perkenal Dua Kategori Baharu

Utuh memasuki musim yang ke-15, ASK 2014 antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan.

Tahun ini, ASK 2014 telah memilih tema ‘elegan dan klasik’ sebagai konsep keseluruhan untuk persembahan malam nanti.

“Anugerah Skrin telah memasuki tempoh usia matang yang mana ia dinanti-nantikan oleh karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka. Oleh itu, penganjuran Anugerah Skrin bukan saja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni. Malah ia juga menggalakkan mereka berusaha lebih gigih dan berkarya secara kreatif dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara disamping menyampaikan mesej yang boleh dijadikan iktibar,” kata Cik Sherina Nordin selaku Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9.

Tahun ini, ASK 2014 turut memperkenalkan dua kategori baharu bagi memenuhi peredaran masa yang kini aktif dengan media sosial dan juga peruntukan bajet dalam menghasilkan kelainan dan pengisian produksi terbaik iaitu ‘Drama Bersiri Terbaik Di Laman Sosial’ dan ‘Drama Premium Terbaik’.

Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial akan memberi pengiktirafan kepada drama bersiri yang menjadi bualan hangat penonton di laman sosial media sewaktu siaran dan juga mendapat ‘trending’ di laman sosial pada setiap episod atau semasa waktu bersiaran.

Kategori Drama Premium Terbaik pula terbuka kepada peruntukan drama yang bernilai RM150,000 ke atas dan mempunyai nilai sinematografi dan fotografi yang artistik. Pemenang bagi kategori Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial bakal ditentukan oleh jumlah undian orang ramai menerusi laman Twitter bermula 24 Oktober lalu hingga 7 November 2014.

Lima drama bersiri yang tercalon iaitu Ariana Rose (#ask2014#undiariana), Ammara Batrisya (#ask2014#ammara), Evolusi KL Drift The Series (#ask2014#evolusi), What If (#ask2014#undiwhatif) dan Aku Ada Wali (#ask2014#undiwali).

Peraduan Menangi Tiket VIP Anugerah Skrin 2014

[dropcap]E[/dropcap]ksklusif dan khusus untuk pembaca Budiey.com, sebanyak 4 keping tiket VIP dan 10 pasang tiket tempat duduk biasa (20 keping) untuk dimenangi. Anda mahu tiket #ASK2014 ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket sahaja. Ingat hashtag ini: #ASK2014

Apa yang korang perlu buat ialah ikuti TIGA langkah ini:

Langkah 1:
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah ini dan komenlah apa pendapat anda apa sahaja tentang ASK dan ramalan pemenang ASK kali ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa layari laman sesawang rasmi #ASK2014:  www.anugerahskrin.com

Langkah 2:

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Tulis slogan kreatif anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu kepada emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Sila gunakan hashtag event ini iaitu #ASK2014. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu menonton #ASK2014 secara live kerana…. (siarkan di Twitter)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca tweet tersebut.

Langkah 3:

Kemudian emelkan jawapan anda untuk soalan ini:

Soalan 1:
1. Apakah tema Anugerah Skrin 2014?

Soalan 2:
2. Anugerah Skrin 2014 akan dihoskan oleh….?

Soalan 3:
3. Apakah pembaharuan Anugerah Skrin 2014?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Skrin 2014 secara live kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2014

Tarikh tutup peraduan:
Jam 3 petang 6 November 2014

22 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih TV3 atas tiket jemputan tersebut. Kepada pembaca yang tidak dapat menonton TV, korang boleh juga mengikutinya secara online di:

www.anugerahskrin.com

ask2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zain Saidin Happy Tayang Gambar Anak Comel

Senarai Penuh Peserta Program Mentor Legend TV3