in , ,

Peraduan Menang Tiket Lee Joon Asia Tour Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur

Bintang K-drama terkenal, Lee Joon Gi akan bertemu peminat di Malaysia buat kali pertama di 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR JOONGI’S DAY: FESTIVAL in Kuala Lumpur. Budiey ada 10 tiket untuk dihadiahkan untuk anda!

Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors Entertainment selaku Penganjur Bersama, 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR <JOONGI’S DAY: FESTIVAL> in Kuala Lumpur pasti akan mencatat kenangan indah jika anda hadir di Mega Star Arena, KL pada 22 September ini mulai jam 6 petang.

Peminat yang sebelum ini hanya menonton lakonannya menerusi K-drama dan filem di skrin, kini anda dapat menatap wajahnya secara langsung. Pada pertemuan itu kelak, penonton bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan Lee Joon Gi, malah dapat menonton persembahan menarik daripada beliau yang terkenal dengan gerak tari dan vokal yang mengkagumkan.

Lee Joon Asia Tour Joongi's Day: Festival in Kuala Lumpur 22 September Ini

Dapatkan Tiket Anda Sekarang!

Pelbagai faedah ditawarkan kepada peminat untuk setiap pembelian tiket yang boleh dibeli di www.ticketingtix.com mulai 12 tengah hari, Jumaat, 26 Julai 2024 pada harga berikut, tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4:

Zon VIP-RM798

(Faedah Peminat: Poster Ditandatangani Personal untuk 23 peminat, Poster Bertandatangan untuk 80 peminat, Foto Peribadi (1:1) untuk 30 peminat, Foto Berkumpulan (20:1) untuk 280 peminat, Soundcheck dan Sesi Selamat Tinggal.)

CAT 1-RM668

(Faedah Peminat: Poster Bertandatangan untuk 70 peminat, Foto Berkumpulan (20:1) untuk 20 peminat, Sesi Selamat Tinggal.)

CAT 2-RM538 (Faedah Peminat: Sesi Selamat Tinggal.)

CAT 3-RM358 (Faedah Peminat: Sesi Selamat Tinggal.)

Untuk maklumat lanjut, Ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram dan Facebook.

Lee Joon Asia Tour Joongi's Day: Festival in Kuala Lumpur 22 September Ini

Peraduan Menang Tiket Menonton Konsert Lee Joon Asia Tour Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur

Budiey Channel ingin menghadiahkan 10 tiket katergory 2 yang bernilai RM538 setiap satu untuk pembaca yang mahu menonton konsert yang cukup eksklusif ini. Acara tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:: 22 September 2024 (Rabu)

Masa: 6:00 petang

Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur

Anda yang mahu menyertai peraduan ini hanya perlu menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Channel dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan filem pertama lakonan Lee Joon Gi 

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton konsert Lee Joon Asia Tour Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Konsert Lee Joon Asia Tour Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur

Tarikh tutup peraduan: 18 September 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment di atas hadiah tiket dan kolaborasi ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Generasi DFP Ketengahkan Bakat Baru Malaysia dalam Konsert Yang Unik

Kisah Elizad: Konflik Mentua & Cabaran Zuriat, Menambah Beban Emosi!