in , ,

Peraduan Menang Tiket Konsert Ulang Tahun Ke-30 Wings

Kepada peminat band rock terkenal Wings, ini ada satu berita baik untuk anda yang mahu sangat menonton konsert secara live, sebuah konsert yang meraikan kejayaan Wings yang berjaya menempuh pelbagai pancaroba hingga kekal bertahan sebagai kumpulan rock paling otai, paling lama bertahan dan berjaya mengumpulkan peminat saban tahun.

Konsert Ulang Tahun Ke-30 Wings yang ditunggu akan direalisasikan beberapa hari lagi dan Budiey akan memberi peluang kepada pembaca Budiey.com untuk memenangi 20 keping tiket menonton konsert ini pada hari Sabtu ini, 31 Oktober jam 8 malam di Stadium Merdeka. Haa, mau ke idok ni?

Budiey dah tak sabar untuk menonton konsert mega ini pada hari Sabtu ini. Sudah pasti Stadium Merdeka akan mencipta sejarah baru buat Wings bagi meneruskan empayar mereka yang cukup luas sekurangnya untuk dua dekad lagi di persada seni tanahair.

Dengarnya, abang-abang dari kumpulan Wings… Awie, Joe, Eddie dan Black kini dah bersiap sedia dan tak sabar nak menggegarkan jiwa peminat dengan barisan lagu-lagu popular mereka. Bagi mereka, 31 Oktober menjadi satu tarikh keramat dan mereka berjanji untuk buat persembahan dengan bersungguh-sungguh bagi menjadikan malam itu cukup istimewa untuk semua.

Wings

Kepada yang tak dapat tiket ni, jangan risau, Wings ada nasihatkan supaya beli tiket awal-awal dan untuk memudahkan cara beli tu, ada disediakan kemudahan membeli tiket secara dalam talian. Dengarnya, ada program sampingan akan diadakan pada hari berkenaan di luar stadium. Yang penting sekali, sebagai tanda menghargai peminat, Wings akan membayar cukai GST yang dikenakan dan anggaplah GST tak wujud dalam tiket konsert itu. Gittewww.

Peraduan Menang Tiket Konsert Wings Menakluk Kosmos

[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat kumpulan Wings. Budiey ada 20 tiket untuk diberikan kepada 10 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan denganKonsert Ulang Tahun Ke-30 Wings di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertWings. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Ulangtahun Ke-30 Wings lebih rock jika… (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertWings. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Ulangtahun Ke-30 Wings lebih rock jika… (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:

Ulangtahun Ke-30 Wings lebih rock jika… (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Wings

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Konsert Ulang Tahun Ke-30 Wings

Tarikh tutup peraduan:

30 Oktober 2015

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Wings kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Wings

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Grand Opening Butik SACOOR BROTHERS The Gardens

AirAsia Embarks On Initiative To Promote Sustainability