Kerinduan peminat untuk menyaksikan anggota kumpulan Slam kembali bersatu di pentas bakal menjadi kenyataan apabila mereka menjayakan konsert bertempat di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur, 14 Mei 2016.
Konsert diberi nama Kurnia Slam yang dibawakan khas oleh Urban Creative Synergy itu adalah konsert konsert berskala mega mereka yang ketiga selepas Konsert Grand Slam (2006) dan Konsert Live Kembali Merindu in Singapore (2012).
Biar gerimis mengundang namun matahari tetap menerbitkan sinar. Dengan doa dan harapan, suratan kehidupan adalah sebuah kurniaan yang tiada ternilai.
Seperti lirik lagu popular mereka, ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang, dalam tak sedar, ku kebasahan… sebuah kumpulan yang dianggotai jentera awal Shah, Ajak, Man, Lily, Zamani dan Eddie juga pernah melalui zaman kegemilangan sehingga membina nama besar sebagai antara pemuzik terulung dalam dunia muzik nusantara. Mereka juga pernah tenggelam namun masih bertahan sebagai sebuah nama yang disegani.
Konsert Kurnia Slam di StarXpo Centre, Kenanga Mall (KWC) pada 14 Mei 2016 (7 malam)
[dropcap]P[/dropcap]erjalanan Slam yang bermula sejak tahun 1992 sehingga kini, bukan satu tempoh yang singkat. Biarpun ada masa tenggelam oleh evolusi muzik dan keluar masuk ahli, riyawat seni mereka teguh dihiasi rantaian berbisa seperti Tak Mungkin Berpaling, Rindiani, Buat Seorang Kekasih, Kembali Merindu, Jika Kau Rasa Getarnya, Nur Kasih, Kembali Merindu, Syair Si Pari-Pari, Kurnia dan tentunya Gerimis Mengundang.
[pullquote align=”right”]Pengaruh Slam bersama vokal emas Zamani tidak hanya menjalar ke serata tanah air, ia menyeberangi Tambak Johor ke Singapura, merentasi Selat Melaka sehingga ke Indonesia bahkan membelah Laut China Selatan ke Brunei Darulsalam.[/pullquote]
Atas pengaruh dan jambatan kebal yang terbina, biarpun tidak aktif sejak 2000, Slam sebenarnya telah memahat sejarah kukuh di jiwa peminat mereka.
Bertahun-tahun tidak aktif bersama, Zaman dengan haluan solo, manakala ketuanya Shah mengembangkan karier sebagai pemuzik profesional, Slam sebenarnya masih hidup, mewangi bersama rantaian hit mereka yang malar segar.
Kali terakhir berpentas sebagai sebuah grup di Singapura dengan Konsert Slam Kembali Merindu Live In Singapura yang mendapat sambutan luar biasa sekitar empat tahun lalu, tahun ini Slam mahu meraikan semula detik gemilang yang pernah dicipta mereka pada zaman kemuncak dahulu. Penganjuran konsert ini juga merupakan kemunculan pertama Slam selepas lebih 10 tahun tidak muncul dengan sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.
Peraduan Menang Tiket Konsert KURNIA SLAM
[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat kumpulan SLAM. Budiey ada 30 tiket untuk diberikan kepada 15 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Konsert KURNIA SLAM di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom
3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:
- Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
- Hantar slogan itu ke emel budiey.
- Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertKurniaSlam. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Saya mahu ke #KonsertKurniaSlam bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)
4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertKurniaSlam. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu ke #KonsertKurniaSlam bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke Konsert KURNIA SLAM kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Konsert KURNIA SLAM
Tarikh tutup peraduan:
10 Mei 2016
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
- Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
- Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
- Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada penganjur kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.