Peminat bertuah akan diberi peluang untuk menyaksikan konsert preview khas dan juga beramah mesra dengan ketiga-tiga penyanyi tersebut dengan menyertai cabaran #SoulsistersConcertChallenge.
Anda yang berminat menyertai hanya perlu mengambil gambar bersama kawan anda dengan membuat gaya seperti trio Soul Sisters dan muatnaik di laman instagram dan sertakan sekali hashtag #SoulSistersConcertChallenge di dalam caption.

Noryn, Misha & Sarah mencari peminat bertuah untuk menang tiket khas ke preview konsert Soul Sisters .
Pemenang akan dipilih oleh Noryn, Misha dan juga Siti Sarah! Maklumat lanjut boleh didapati di akaun instagram rasmi konsert tersebut iaitu @soulsistersconcert
Konsert Soul Sisters adalah produksi pertama Edd Razhe Entertainment (ERE) dan konsert yang akan berlangsung selama dua malam itu bakal dipentaskan pada 5 dan 6 April 2019.
Tiket boleh didapati melalui www.airasiaredtix.com pada harga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond) , RM355 (Platinum) , RM255 (Gold) dan RM155 (Silver).
