in ,

Peraduan Menang Tiket Filem CINDERELLA Lakonan Fizo Omar

Pernah tak menonton drama bersiri Cinderella yang ditayangkan di TV3 yang mencipta satu fenomena seketika dulu? Drama arahan Ahmad Idham ini dihidupkan kembali dengan gaya yang lebih segar di layar yang lebih lebar dengan lakonan mantap dari pelakon yang tengah top masa kini. Bakal menemui anda semua di pawagam bermula 19 Disember ini, filem ini menggandingkan dua bintang popular iaitu Fizo Omar dan Nelydia Senrose.

Melihat pada poster kat bawah ini, pastinya membuatkan anda ingin tahu apakah kelainan dalam filem ini, kan? Jadi, Budiey mahu buka peluang untuk pembaca setia Budiey.com untuk menonton beramai-ramai di acara tayangan filem Cinderella yang akan diadakan di GSC Midvalley jam 8 malam pada 16 Disember 2013.

Poster Sinopsis Filem CINDERELLA

Sinopsis Filem CINDERELLA

[dropcap]F[/dropcap]ilem terbitan ke sebelas oleh Excellent Pictures, Cinderella mengisahkan Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil.

Suatu malam, Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman, anak seorang tokoh korporat terkemuka.

Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan – di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya,Salman bersetuju dengan pilihan ke dua.

Apa seterusnya yang berlaku kepada Nurul dan Salman? Nantikan di pawagam bermula 19 Disember 2013.

Tayangan Filem CINDERELLA

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Excellent Pictures ingin menghadiahkan 20 keping tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di majlis ini yang akan diadakan pada:

Tarikh:
16 Disember 2013 (Hari Isnin)

Masa:
8.00 malam

Tempat:
GSC Mid Valley

Sebanyak 20 keping tiket perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan tayangan dengan menjawab soalan tayangan yang diberikan serta lengkapkan tiebreaker dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di acara tayangan ini. Senang je, cipta slogan, tweet & FB slogan yang anda tulis tu, kemudian hantar juga kat emel. Itu je. Mudah kan?

Apa yang korang perlu buat ialah ikuti DUA langkah ini:

Ingat hashtag ini: #Cinderella2013

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Majlis Tayangan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook ini:  www.facebook.com/excellent.pictures

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #Cinderella2013. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #Cinderella2013  kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Langkah 1:

Sila lengkapkan tiebreaker ini: Saya suka menonton filem CINDERELLA kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email:  Peraduan Tayangan CINDERELLA Lakonan Fizo Omar

Tarikh tutup peraduan:
14 Disember 2013

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Excellent Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 Disember 2013.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan OMG Juara Liga Lawak Superstar Musim Pertama

Aidil Bengang Rita Tuntut Nafkah RM5,392