Ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu, Budiey sempat la juga merasa untuk menonton TV hitam putih. Dari zaman hitam putih, visual warna, tayangan digital, hinggalah teknologi filem format 3D, nampaknya teknologi sinema makin pesat berkembang dan manusia tak sentiasa tak puas. Tak gitu?
Cakap pasal teknologi menonton filem ni, rasanya ramai yang dah tahu Golden Screen Cinemas ada menyediakan D-BOX motion seats. Budiey pernah cuba kat GSC 1Utama. D-BOX motion seats atau dalam kata lainnya, Kerusi Gerak D-BOX ini adalah yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia dan ia didatangkan dari California Studio. Turut mengambil tagline yang sama iaitu Your Movie in Motion, teknologi ini disempurnakan lagi dengan teknologi mutu bunyi terbaru Dolby Atmos yang super-dinamik menjadikan pengalaman menonton wayang di GSC sesuatu yang mengujakan!
Nampaknya, satu lagi alternatif utk korang movie-goers kat luar sana menonton filem-filem box-office. Tidaklah bosan sangat kan? Asyik 3D je, sekali-sekala nak juga 4D ke, D-Box ke. Haa, lepas ni Budiey pun tak tahu apa lagi teknologi yang canggih akan sampai kat Malaysia. Jadi, kita seharusnya ucap terima kasih kepada GSC yang telah berusaha untuk memperkenalkan kepada penonton di Malaysia!
Jadi, pasti pembaca semua tertanya-tanya apakah itu Kerusi Gerak D-BOX, ni kan?
Okay, Budiey ceritakan secara ringkas supaya anda semua dapat faham. Tapi kalau kurang faham, Budiey nasihatkan, anda cubalah sendiri pengalaman luar biasa ni. Pertama kali Budiey lihat, Kerusi Gerak D-Box ini tak ubah seperti sofa leather satu seat. Bezanya, ia adalah kerusi empuk yg bergerak, bergetar dan bergegar mengikut pergerakan dalam filem. Atau dalam kata lainnya, kerusi Gerak D-Box ini menyelaraskan pergerakan kerusi penonton mengikuti setiap aksi dalam filem blokbuster. Seronok kan?
Ada seorang kawan Budiey berseloroh, kalau tonton movie aksi drift atau lumba kereta, kenalah siap pakai tali pinggang keledar la kot. Hehe, betul juga kata-kata kawan Budiey tadi. Mungkin satu hari nanti, menonton wayang dah jadi macam sesuatu yang realistic. Tak mustahil akan berlaku kan?
Selepas diamati betul-betul, barulah Budiey ada perasan, kita juga boleh mengawal kekuatan gegaran dan pergerakan kerusi. Ya, ia ada butang laras mengikut keselesaan penonton. Kalau korang rasa getaran tak cukup kuat, haaa apa lagi, kasilah dia mencapai tahap maksimum.
Sekarang ini, dah ada 12 pawagam GSC yang menyediakan kerusi D-BOX ni.
·         GSC 1 Utama (New Wing)
·         GSC Paradigm Mall
·         GSC AEON Bandaraya Melaka
·         GSC Ipoh Parade
·         GSC Gurney Plaza
·         GSC Suria Sabah, Kota Kinabalu
·         GSC CityONE Kuching
·         GSC Mid Valley Megamall
·         GSC IOI City Mall Putrajaya
 ·         GSC Pavilion KL
·         GSC MyTOWN
·         GSC Melawati Mall
Kepada semua pembaca yang dah merasai kehebatan kerusi gerak D-Box ni, apa kata sebarkan pendapat anda di laman social, Facebook, Twitter dan Instagram dengan menggunakan hashtag #GSCDBOX #GSC1Utama
Untuk info lanjut layari: www.gsc.com.my or GSC Facebook www.facebook.com/GSCinemas.
Peraduan Menang Tiket D-BOX dari GSC
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 4 keping tiket untuk Budieyators / pembaca menonton filem di kerusi D-Box ni.
Apa yang korang perlu buat ialah:
1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:Â Â www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Jawab soalan mudah ini:
1. Berapakah pawagam yang menyediakan kerusi D-BOX di seluruh Malaysia?
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan:Â Saya mahu menang tiket D-BOXÂ kerana…Â (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket D-BOX dari GSC
Tarikh tutup peraduan:
18 April 2018
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada GSC Movies dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.