Budiey.com dengan kerjasama mm2 Entertainment ingin mengajak anda semua menghadiri Malam Tayangan Prebiu Filem BU arahan Jeany Amir pada 3 April 2019 di MmCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara, bermula jam 8.30 malam. Filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat Malaysia seperti Remy Ishak, Rashid Ishak, Nadiya Nisa, Iedil Putra, Nadia Brian, Tia Sara, Wan Hanafi Su, Dian P. Ramlee dan ramai lagi.
Budiey pasti ramai yang mahu menonton filem yang dilakonkan oleh ramai hero Malaya seperti Remy Ishak, Rashidi Ishak, Iedil Putra dan ramai lagi. Selain menerapkan nilai kasih sayang antara ibu dan anak, filem ini juga sarat dengan elemen pengajaran. Pastinya akan mengundang air mata. Jadi, yang nak datang menonton kenalah sedia tisu ya.
Untuk pengetahuan, filem ini akan berada di seluruh pawagam di Malaysia mulai 11 April 2019. Jadi, pergilah menonton! Melihat kepada poster kat bawah ni pun Budiey rasa filem ini sarat dengan pengajaran dan teladan terutama bagi sebuah hubungan suci antara ibu dan anak.
Sinopsis Filem BU – KASIH SUCI
Sebelum kita menonton apa kata kita baca dulu sinopsis ringkas filem ini. Impian Kak Mah untuk mendukung cucu mula retak apabila menantu perempuannya, Diana bercadang menangguh pelan mengandung bayi demi masa depan kerjayanya. Walaupun dapat sokongan daripada suaminya, Zack, namun Kak Mah tidak setuju dengan keputusan itu. Lebih teruk lagi, Kak Mah dan Diana juga tidak tahu tentang syarikat arkitek kepunyaan Zack dah gulung tikar dan kini dia masih menganggur.
Aishah, seorang suri rumah berasa hidupnya semakin tertekan dan tidak dihargai apabila suaminya, Norman yang bekerja sebagai doktor lebih fokus pada kerja daripada dirinya. Anak perempuan remaja, Julie pula jarang berada di rumah dan suka bergaul dengan komuniti cosplay.
Hubungan di antara Aishah dengan Norman dan Julie yang semakin renggang menyebabkannya mula meragui keputusan sendiri yang sanggup lepaskan impian sendiri demi keluarga tetapi pengorbanannya tidak dihargai sepenuh oleh mereka.
Hasrat untuk menimang cahaya mata oleh Hafiz dan isterinya Norimah terkabul apabila Norimah disahkan dah hamil selepas mereka mencuba beberapa tahun.
Walaupun Hafiz yang bekerja sebagai tukang masak dipecat tetapi hubungan mereka semakin rapat malah Norimah menyokong Hafiz untuk mengejar impiannya menjadi seorang novelis. Tetapi disebabkan Norimah yang dah berumur 40 tahun, kandungan bayinya berdepan dengan risiko tinggi dan perlu dijaga dengan sebaik mungkin.
Keadaan menjadi semakin serius dan garisan kehidupan mereka mula bersilang apabila Zack sedang mengejar Diana yang tengah mengamuk itu terlanggar Aishah yang tertekan dengan layanan ahli keluarganya. Keadaan Aishah tidak stabil dan kemungkinan besar tidak akan sedar lagi.
Kandungan Norimah juga dalam bahaya apabila dia dan Hafiz hampir dilanggar kereta yangmeluncur laju di depan mereka…
Peraduan Premiere With Budiey – Filem BU – KASIH SUCI
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 10 keping tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
3 April 2019 (Rabu)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.00 malam
Tempat:
MmCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara
Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere BU KASIH SUCI – Budiey.com di MmCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara.
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #bukasihsuci
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.
Sila cari butang SHARE di Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Jawab soalan mudah ini:
Siapakah pengarah filem ini?
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem BU – KASIH SUCIkerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem BU – KASIH SUCI
Tarikh tutup peraduan:
2 April 2019
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada mm2 Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem yang penuh dengan nilai kasih sayang ini mulai 11 April 2019.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.