in , ,

Peraduan Menang Pass Meet & Greet Bersama SMASH

Setiap kali kumpulan anak muda, SM*SH datang ke Malaysia, setiap kali itu juga peminat dan fanatik kumpulan ini berteriak dan jadi histeria. Fenomena kumpulan SM*SH dapat Budiey rasakan semasa kunjungan kali pertama mereka pada dua tahun lepas di mana Budiey turut terlibat menjadi Blogger Rasmi untuk Showcase SMASH di Sungei Wang Plaza. Korang masih ingat lagi tak? Tentu kenangan tu masih segar dalam ingatan kan? Ke dah lupa? Budiey masih ingat, pada masa tu, memang ramai peminat yang teruja mahu berjumpa dengan SMASH dan Budiey turut membawa 10 orang pembaca untuk bertemu dengan SMASH di Meet & Greet bersama kumpulan ini di sebuah restoran Arab di Soho KL. Itu satu kenangan yang sangat berharga bagi mereka.

[pullquote align=”right”]Untuk peraduan ini, Budiey hanya mendapat 3 pasang pass untuk sesi Meet & Greet Bersama SMASH yang akan berlangsung pada 29 Disember 2013 (hari Ahad) di sebuah pusat karaoke terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur, Red Box, jam 8 malam. Seorang pemenang boleh membawa hanya seorang kawan sahaja. Budiey minta maaf kerana tempat hanya terhad dan Budiey tak dapat buat apa-apa. Ini rasanya dah cukup untuk tolong korang bertemu dengan SMASH.[/pullquote]

Sejak mula ditubuhkan pada tanggal 10 April 2010, kumpulan anak-anak muda ini telah berjaya menawan hati peminat muzik di Indonesia apabila mereka turut dibariskan dengan band-band yang lebih senior seperti J-Rocks, Kotak, Project Pop, dan SKJ 94 pada Dahsyatnya Awards 2011 sebagai antara Aksi Panggung Terdahsyat.

SM*SH telah berjaya meraih 4 anugerah pada Inbox Awards 2011 dengan memenangi Pendatang Baru Paling Inbox, Boyband Paling Inbox, Penampilan Paling Inbox dan Lagu Paling Inbox (I Heart You). Mereka juga turut memenangi Nominasi Duo/Group/Band Terfavorit pada Indonesia Kids’ Choice Awards 2011, juga 2 anugerah lagi pada Indigo Digital Music Awards 2011 sebagai Artis Baru Terbaik dan Duo/Group Terbaik!

Dengan koleksi nominasi yang telah mereka menangi, SMASH telah membuktikan betapa mereka adalah sekumpulan anak muda yang berbakat ! Khas buat para peminat muzik pop dance tanah air, anda kini berpeluang untuk menyaksikan persembahan SMASH dengan lebih dekat lagi !

Untuk kali ini, Budiey jangkakan, kumpulan peminat SMASH semakin membiak, bertambah ramai dan Budiey percaya Showcase SM*SH & Stacy akan mendapat sambutan dari peminat.

SM*SH & Stacy bakal mengadakan Showcase pada 27 Disember (Jumaat) Di Wisma Bentley jam 3.30 petang, manakala sesi Meet & Greet juga akan berlangsung pada 29 Disember 2013 (hari Ahad), jam 8 malam di Red Box.

Untuk info, Sm*sh akan berada di Malaysia dari 26 Disember hingga 30 Disember dalam rangka promosi album terbaru mereka. Nanti korang boleh dengar suara SMASH di sesi temubual corong-corong radio dan juga di kaca TV. Sempena untuk mempromosikan single dan mahu melancarkan album terbaru mereka ini, mereka turut menyeru kepada semua peminat agar mendapatkan Album Edisi khas bagi peminat-peminat mereka di Malaysia.

Album ini ternyata berbeza dari album yang dipasarkan di Indonesia. Ia merupakan album Step Forward mereka dengan tambahan 3 lagu hits dari album pertama serta bonus track ‘HELLO’ bersama Stacy. Kepada para peminat atau pembeli yang memiliki album ini bakal menerima booklet gambar-gambar SM*SH secara ekskulisif untuk EDISI pasaran di Malaysia sahaja.

Peraduan Menang Pass Meet & Greet Showcase SMASH

[dropcap]U[/dropcap]ntuk peraduan ini, Budiey hanya mendapat 3 pasang pass untuk sesi Meet & Greet Bersama SMASH yang akan berlangsung di sebuah pusat karaoke terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur, jam 8 malam. Seorang pemenang boleh membawa hanya seorang kawan sahaja. Budiey minta maaf kerana tempat hanya terhad dan Budiey tak dapat buat apa-apa.

Jadi, apa yang perlu anda buat untuk menang pass menghadiri Meet & Greet Bersama SMASH? Okay, ini khusus kepada pengguna Instagram sahaja. Jadi, kepada yang belum ada Instagram, lekas-lekas cari telefon bimbit atau tablet dan install aplikasi Instagram secepat yang mungkin ya.

Apa yang anda perlu buat ialah:

1. Buka aplikasi Instagram. Pastikan anda sudah follow Instagram @budiey

2. Klik butang Insta Video & rakam video di mana anda wajib menyanyikan lagu Hello (SM*SH & Stacy) dengan cara PALING KREATIF dari anda sendiri. Video yang paling kreatif dan banyak LIKE akan dipilih sebagai pemenang.

3. Upload di Instagram dan jangan lupa untuk copy & paste di Instagram anda : Jom follow Intagram @budiey @warnermusic_Malaysia #ShowcaseSmashStacy

4. Ingat, peserta yang memuat naik video paling KREATIF & banyak LIKE di Instagram akan menang.

5. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Showcase SMASH & Stacy di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

6. Hantarkan emel dengan link pautan Insta-Video anda di Instagram dengan butiran diri kat bawah ini supaya senang untuk Budiey hubungi anda.

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Pass Meet & Greet Showcase SMASH

Tarikh tutup peraduan:

25 Disember 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  6. Keputusan juri adalah muktamad.
  7. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  8. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  9. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Music Malaysia kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

POSTER showcase smash stacy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Percuma Lee Kwang Soo Fan Meeting In Malaysia

Gambar Majlis Berinai Isteri Aril AF7