in ,

Peraduan Menang Pass ke Malam Gala Filem ROCK BRO

Filem rock garapan pengarah terkenal Mamat Khalid pernah mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan penggemar filem tempatan. Justeru, ramai pengikut setia filem ini yang tidak sabar menantikan sekuel terkhirnya yang bakal menjengah pawagam pada awal tahun depan.

Menggunakan judul Rock Bro!, filem ini diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Enjit Semut Sdn Bhd.

Rock Bro

Selaku pengarahnya, Mamat juga menjanjikan sekuel ketiga ini yang terbaik dan tidak mengecewakan peminat setia filem rock di luar sana.

“Selain menampilkan kelainan dari segi jalan cerita dan perubahan beberapa watak, filem ini diharap dapat mengubat kerinduan peminat setia filem rock di luar sana.

“Jika filem rock menceritakan permulaan sebuah kumpulan muzik dalam mengejar cita-cita menjadi kumpulan rock ternama, sekuel kedua, Rock Ooo pula menceritakan zaman transisi dan kejayaan kumpulan rock untuk meneruskan perjuangan muzik mereka ketika itu.

“Manakala, francais terakhir, Rock Bro pula memaparkan zaman kejatuhan irama rock dalam berdepan pelbagai kesukaran dengan kemasukan genre muzik baru dalam industri muzik tempatan,” katanya.

Mamat berkata, pihaknya juga membuat perubahan besar dari segi watak dengan menampilkan watak baru dalam filem berkenaan.

“Antaranya, penampilan watak baru seperti Ella dan kakaknya, Jojie yang dilakonkan penyanyi Kaka Azraf yang juga anak saudara mereka sendiri serta pelawak popular, Jihan Muse.

“Pihak kami turut menggugurkan beberapa watak utama dalam filem Rock sebelum ini iaitu Amy Mat Piah (Que Haidar), tetapi tidak menjejaskan jalan ceritanya,” katanya.

Filem ini diterajui Khir Rahman (Jijoe), Hasnul Rahmat (Zack), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah), Azmi Black (Black), Sofi Jikan (Zul Kapan/ACGMC), Amirul Affendi (Dio), Jep Sepahtu (Cik Not).

Mengulas lanjut mengenai filem itu, kata Mamat, setakat ini, proses penggambaran sudah siap 80 peratus dan membabitkan lokasi sekitar Ipoh dan Taiping, Perak.

“Alhamdulillah, tahap kesihatan saya juga baik dan berjaya menyiapkan kerja penggambaran seperti dijadualkan. Kini, saya lebih mengutamakan kesihatan berbanding sebelum ini.

“Jika dulu, proses penggambaran berlarutan sehingga jam 2 hingga 3 pagi, tapi kali ini saya pastikan kerja penggambaran berakhir pada jam 12 tengah malam untuk pelakon dan kru berehat sebelum menyambung penggambaran pada keesokan harinya.

“Antara babak paling mencabar ialah untuk mengumpulkan semua artis legenda tanah air seperti Datuk Hattan, Man Kidal, Black Wings dan Yan Lefthanded dalam salah satu babak dalam filem ini. Inilah masanya kalau nak tengok Hattan berambut panjang dalam filem ini,” katanya.

Sinopsis Filem ROCK BRO

Filem Rock Bro secara menceritakan mengenai zaman kejatuhan era rock tempatan. Kemasukan aliran muzik baru seperti rap dan hip hop pada awal 1990-an sedikit sebanyak memberi impak kepada irama rock.

Disebabkan situasi itu, kumpulan rock Rimba Bara yang sudah lama tidak membuat persembahan terpaksa menyara hidup dengan membuat kerja sambilan di samping melakukan persembahan di tapak ekspo tani dan mendapat bayaran dalam bentuk sayur-sayuran.

Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan, Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik.

Pada masa sama, Rimba Bara semakin menuju kehancuran kerana Jijoe jatuh cinta pandang pertama dengan ratu rock Ella (Kaka Azraff) ketika terserempak di studio rakaman, King’s Studio.

Disebabkan perasaan cinta yang terlalu mendalam kepada Ella, Jijoe juga mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan Rimba Bara dan menjadi kontraktor kelas F.

Berikutan itu, Rimba Bara mulai goyah dan terjadi pelbagai konflik antara setiap ahli kumpulan berkenaan.

Peraduan Tayangan Premiere Filem ROCK BRO

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Grand Brilliance ingin menghadiahkan 20 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
19 Oktober 2016 (Rabu)

Tayangan Filem:
9 malam

Tempat:
MMCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara

Tema Pakaian: 
Glam Rock

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 1 keping tiket sahaja untuk hadir di Tayangan Premiere ROCK BRO – Budiey.com di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #RockBro

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/GrandBrilliance & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #RockBro kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Apakah tagline filem ROCK BRO?

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere ROCK BRO – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere ROCK BRO – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

18 Oktober 2016 (Hari Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Grand Brilliance dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 27 Oktober 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/GrandBrilliance dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel Grand Brilliance: www.youtube.com/gbsb

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – TROLLS

ERA fm Raih 5.8 Juta Pendengar, Kekal No.1 di Hati Rakyat Malaysia!