in ,

Sempena Tahun Baru 2017 Korang Wajib Sertai Peraduan Menang Jam Solvil et Titus

Sekejap betul masa berlalu, kan? Pejam celik pejam celik, tahun 2017 akan tiba tak lama je lagi. Di Facebook, Budiey tengok ramai yang post gambar hadiah-hadiah yang mereka dapat sempena Krismas dan juga Tahun Baru 2017. Wah! Meriah dan bergaya sakan korang kan?

Biasalah hujung tahun ni, mungkin bagi sesetengah orang, ini adalah masa untuk memberi hadiah untuk orang tersayang, mahu pun reward untuk diri sendiri. Sekali sekala apa salahnya, beli sesuatu yang berharga untuk kegunaan diri sendiri untuk dipakai. Yang penting hadiah tu nampak ada gaya, ye dok? Siapa tak nak tampil serba baru sempena nak sambut tahun baru 2017 ni kan?

Cakap pasal hadiah sempena tahun baru ni, Budiey ada nampak di Facebook
Solvil et Titus ada satu peraduan dianjurkan di mana peraduan ni akan memberikan hadiah tiga utas jam tangan yang cukup elegan dan menawan. Tak silap ni adalah gambar selebriti terkenal, Scha Alyahya. Wah, cantik betul jam tangan dia!

scha

Wah, Budiey pun tertarik gak nak masuk peraduan ni. Manalah tahu, tahun 2017 ni ada luck untuk Budiey kan? Tambah lagi apabila menjelang tahun baru ini, kita kenalah bergaya dengan jam baru terutamanya daripada jenama bermutu Solvil et Titus memang semuanya cantik-cantik belaka. Tak caya korang boleh tengok di Instagram @SolviletTitusMY solvilettitusmy! Banyak koleksi menarik untuk pilihan korang.

Sempena dengan kedatangan 2017 ini, Budiey berazam untuk menjaga masa dan menghargai setiap saat untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah… lagi untung dapat memiliki seutas tangan yang elegan bergaya dari koleksi Solvil et Titus. Ini bertepatan dengan tagline jenama jam ini iaitu Time is Love (Masa Itu Cinta). Jom sama-sama kita berazam untuk terus fokus kepada kerjaya dan apa sahaja yang kita lakukan dengan menjaga dan menepati masa sebab sesaat masa berlalu, ia takkan berulang lagi.

budiey

Oh ya, untuk yang bertanyakan tentang macamana nak dapatkan jam tangan dari jenama Solvil et Titus ni. Korang boleh beli secara online dan di semua cawangan store City Chain. Info lanjut: http://bit.ly/SolviletTitusZaloraMY

Okay, nak menang seutas jam tangan dari Solvil et Titus sempena tahun baru 2017 ni? Ini caranya, sangat mudah okay!

Korang hanya perlu mengambil gambar korang tengah memakai seutas jam, tak kisahlah jenama apa sekali pun… dengan gaya yang paling menarik, kreatif dan unik.

Kemudian, di ruangan caption tu, korang kena tulis kenapa anda mahu menang seutas jam tangan dari Solvil et Titus ni dengan hashtag #LookBackwithSolviletTitus.

Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling KREATIF dan caption yang terbaik akan membawa pulang jam tangan Solvil et Titus!

Peraduan ini akan berakhir pada 2 Januari 2017, 11:59pm. Jadi korang kena cepat la buat posting tu. Jangan bertangguh-tangguh dan lengahkan masa. Lakukan sekarang! Mudah je kan?

Untuk info lanjut, korang boleh layari Facebook Solvil et Titus : http://bit.ly/2ims0MH

Selamat tahun baru 2017 semua!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem ALLIED

Hotel Review Constance Belle Mare Plage Mauritius