Para pengguna Facebook di Malaysia berpeluang untuk memenangi sebuah iPhone 6 dengan menyertai peraduan media sosial Facebook “NAME THE CFM MASCOT & WIN” bersama Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM). Peraduan media sosial ini akan bermula pada 2 Mac 2015 dan berakhir pada 31 Mac 2015.
Peraduan ini memberikan peluang kepada pengguna Facebook untuk memenangi hadiah mingguan dan hadiah utama yang merupakan iPhone 6 bersempena pelancaran maskot terbaru Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM).
PELUANG MEMENANGI IPHONE 6 DENGAN PERADUAN “NAME THE CFM MASCOT & WIN”
Untuk menyertai peraduan media sosial Facebook ini, para peserta hanya perlu ‘LIKE’ Facebook: ‘consumer.forum.malaysia’. Peserta perlu menamakan maskot terbaru kami dengan cara yang paling kreatif dan unik di ruang ‘comment’ Facebook ‘post’ “NAME THE CFM MASCOT & WIN” dan sertakan hashtag #MASCOTCFMCONTEST.
[pullquote] Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap peserta hanya berpeluang memenangi satu hadiah mingguan dan/atau hadiah utama sahaja.[/pullquote]
Selain hadiah utama iPhone 6, para peserta berpeluang untuk memenangi iPad Mini 3 dan iPad Mini bagi pemenang tempat kedua dan ketiga. Peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan seperti tiket wayang GSC, baucar tunai makanan KFC dan ‘Handpicked Pint’ ais krim dari Baskin Robbins.
Tujuan utama peraduan ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan maskot terbaru dari Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) sebagai salah satu cara baru untuk mendekati pengguna dengan lebih mesra bagi menyampaikan informasi tentang hak pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan media social Facebook ini, sila layari www.facebook.com/consumer.forum.malaysia.
Name our CFM Mascot Contest!
We have a lot of great PRIZES to giveaway. HOW TO PARTICIPATE?
There is no limit to your entries but it must be your own original ideas and no plagiarism. However, if you submit, multiple submissions of the same idea and name, it will be counted as one entry.
Our contest run starting from 2 March 2015 and ended on 31 March 2015.
We will announce our lucky weekly winner as stated below:
1st Weekly Winner : 9 March 2015
· 10 pairs of GSC Movie Voucher to 10 winners (sponsored by U Mobile) 2nd Weekly Winner : 16 March 2015
· KFC cash voucher to 10 winners (sponsored by Tune Talk) 3rd Weekly Winner : 23 March 2015
· Baskin Robbins voucher to 10 winners (sponsored by Altel) 4thWeeklyWinner :3April2015
· 10 pairs of GSC Movie Voucher to 10 winners (sponsored by U Mobile)
The Grand Prize Winner to be announced on 13 April 2015
· iPhone 6 (sponsored by Maxis)
· 2 ipad mini for 2nd & 3rd Winner (sponsored by DiGi & Celcom)
So, hurry up and enter it NOW !
Be creative ! As the winner will be based on their creative post & name.
#MASCOTCFMCONTEST
STEP 1: LIKE FACEBOOK : consumer.forum.malaysia
STEP 2: NAME the mascot , post with your own creativity and submit it under this contest comment box and don’t forget to include the hashtag #MASCOTCFMCONTEST
Mengenai CFM
CFM merupakan sebuah badan organisasi bebas yang ditubuhkan pada bulan Februari 2001 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaras dengan keperluan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) di Malaysia untuk melindungi hak pengguna dalam sektor tersebut dan memudahkan kawal selia kendiri industri.
CFM bukan sahaja menyediakan ruang dan saluran untuk melaporkan aduan, tetapi juga bekerjasama dengan wakil daripada persatuan pengguna, syarikat penyedia perkhidmatan dan pihak- pihak lain yang berminat bagi merangka, membangun dan menyediakan kod-kod untuk melindungi hak-hak pengguna selain mencadangkan prosedur untuk pampasan dan tindakan kepada pelanggan sekiranya terdapat pelanggaran kepada Kod Amalan Am Pengguna (GCC) untuk Industi Komunikasi & Multimedia Malaysia. Kod tersebut telah diterbitkan pada tahun 2003.
CFM juga dalam usaha untuk mempromosi dan menggalakkan perkhidmatan dan pengendalian bermutu serta berprestasi tinggi dalam industri Komunikasi dan Multimedia. Pada masa yang sama, CFM berusaha untuk meningkatkan keyakinan dan pemahaman pengguna berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.
Pengguna yang tidak berpuas hati terhadap resolusi aduan yang telah dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia mereka, boleh mengemukakan kes tuntutan dengan menghubungi CFM di talian bebas tol 1 800 18 2222; atau boleh melaporkan aduan secara online di portal www.complaint.cfm.org.my atau e-mel kepada [email protected].